Checkmate ! Guan Eng tentu malu besar bila naik kapal selam boleh selam

on Wednesday, December 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid (atas, kanan) berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini.


Komen GPB 

Hahaha ...kaki penipu  dah kena Checkmate !

Sepatut bawa sekali Tony PUAKA yang selalu fitnah aset milik ATM ini .

Kepada jurukamera, hang pa amik gambar cantik punya lihat muka anak Kit Siang ini terkejut tengok kapal selam yang mereka fitnah tak boleh
selam ini


2 Responses

  1. budakkecik says:

    Salam bro,

    Kalau pasal fitnah membabi buta, tuduh sana sini, pecah belahkan orang ramai, pakatan memang juara. Diorg takkan letih, takkan berhenti buat keja dosa2 cam tu.

    Ni ada satu lagi isu baru diorg tabur fitnah dan nk pecahbelahkan puak kita. Link

  2. rakab says:

    Dalan bab aset ketenteraan ni, kerajaan sepatutnya tak boleh layan pemimpin-pemimpin pakatan tuu..

    Mereka berlagak seperti ejen negara asing yang cuba mencungkil rahsia ATM !!

    Dalam hal keselamatan negara kerajaan tidak boleh bertolak-ansur..

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps