Chandra Muzaffar dedahkan rahsia Kempen 901 Anwar

on Wednesday, December 28, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

- Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara adalah satu tindakan kurang matang.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Penasihat PKR itu sebaliknya perlu menghormati apa jua keputusan mahkamah seperti keputusan membebaskannya pada 2004.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu boleh menerima keputusan mahkamah terhadapnya tujuh tahun lalu, Anwar juga perlu menerima keputusan mahkamah pada 9 Januari nanti sekiranya ia tidak memihak kepadanya.

"Peranan mahkamah adalah membuat keputusan berdasarkan fakta yang telah dikemukakan. Sekiranya Anwar tidak bersetuju, beliau masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra yang merupakan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, langkah Anwar menggerakkan rakyat untuk berdemontrasi seharusnya tidak berlaku kerana keputusan mahkamah merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi yang mengandungi mekanisme penyelesaian.

Oleh itu katanya, rakyat harus faham akan 'taktik' Anwar yang mahu mencetuskan keadaan tidak tenteram dengan berdemontrasi kerana ia telah menjadi sebahagian daripada 'adat resam politik beliau.'

"Demonstrasi tidak perlu kerana ia merupakan kes peribadi yang melibatkan seseorang individu, sebaliknya hormatilah keputusan mahkamah.

"Kes sama pernah berlaku ke atas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana yang berhadapan dengan tuduhan seks, namun beliau tidak mengambil tindakan sebagaimana yang dilakukan Anwar walaupun beliau tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan permainan politik Anwar yang cuba mengheret mereka dalam soal peribadinya.

Katanya, ketika Anwar terdesak, beliau cuba mengheret rakyat dengan mendakwa dirinya difitnah sedangkan perbuatan itu sebenarnya adalah satu penipuan demi kepentingan peribadinya.

"Walhal adalah jelas mahkamah telah bersikap adil terhadap perbicaraan itu termasuk menunda persidangan atas permintaan Anwar tanpa menolaknya," katanya.

Azwandin yang juga bekas Exco Angkatan Muda Keadilan pada masa sama berkata, mahasiswa tidak perlu terbabit dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 kerana perbuatan itu adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, ia merupakan isu peribadi Anwar dan tidak perlu bagi mereka untuk 'menegakkan benang basah' dengan menyertai aktiviti itu.

"Tidak ada masalah untuk mereka bangkit bagi menyatakan sesuatu perkara yang benar, namun bukan dalam aktiviti seperti ini yang sebenarnya berkepentingan peribadi," katanya.



4 Responses

  1. Anonymous says:

    Imam Mahadi masuk penjara kerana kesalahan meliwat. Fuyoo caya la. Tak pernah pulak dengar sebelum ini Imam Mahadi adalah Bi-seksual. Adik-adik dan pelacor pun boleh tibai. Caya la badrul bangang amin. hidup imam mahadi china doll..

  2. Anonymous says:

    keputusan berpihak kpd anwar mahkamah adil dan negara demokrasi bila tak berpihak pada dia mahkamah bawah telunjuk BN ade konspirasi chet...ape pun tak boleh...

  3. Anonymous says:

    Cukuplah. Rakyat Jangan lagi tertipu. Melantik rakyat menjadi hakim supaya rakyat menghuruharakan negara. Ini lakonan pencuri yang terkunci dalam bilik air rumah mangsa menunggu polis datang membawanya ke balai. Jangan lagi percaya helahnya.

  4. Anonymous says:

    pirahh mabuk liwat tetap liwat

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.