Memang DAP tak habis-habis mengapi-apikan semangat perkauman bukan Melayu supaya membenci Najib & UMNO . Apa yang Guan Eng cakap di portal berbelit Malaysian Insiders ini semua spin bagi menunjukkan Najib memainkan sentimen perkauman .
Sebenarnya Najib telah menempelak puak2 pembangkang ( terutama DAP ) yang sekarang ini sudah mempunyai agenda untuk meminda perlembagaan . Tetapi ia tidak disiarkan di portal harprak ini dan mereka gunakan kaki pembelit chauvinist seperti Guan Eng untuk spark issue bahawa Najib telah menyerang bukan Melayu .
Lihat dibawah jawapan dan bukti Najib yang dedahkan bahawa sudah ada agenda DAP nak pinda perlembagaan jika berkuasa di Putrajaya .
Najib berkata sekiranya sebelum berkuasa lagi mereka (pihak pembangkang) telah berura-ura untuk meruntuhkan apa yang telah dibina oleh kerajaan selama ini dan ini menyebabkan timbul kesangsian sekiranya mereka ini berkuasa.
“Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?”, katanya.
Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera, katanya.
Najib berkata rakyat tidak memerlukan sebuah parti keadilan tetapi kerajaan yang berani tegakkan keadilan sosial di mana semua termasuk bukan Melayu mendapat pelbagai bantuan dalam membina sebuah negara yang adil, seimbang dan saksama.
Inilah cara kita memerintah negara kita sebab itulah Tuhan mengizinkan kita memerintah sejak 54 tahun lalu, kita masih berkuasa dan Insya Allah kalau ini gambaran sokongan kepada kita, pilihan raya akan datang milik kita,” katanya.
Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.
Selaku Perdana Menteri, saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik, katanya.





