Memalukan dan mengecewakan!
Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini.
“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.
“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,”
Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.
“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.
“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.
Gesa Musa ambil tindakan
Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.
“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.
Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.
“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.
Minta suami Syella tampil
Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat kenyataan.
“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.
Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.
“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata Jalaluddin.
Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta.
Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.
Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu.
Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar















Alahai Dato Jalaluddin... setakat abang Dato kena fitnah kawin yg tk kawin tu apalah sangat berbanding dgn fitnah dan tohmah yg dilemparkan terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim..... siang malam tk berhenti sampai yg tk percaya pun jadi percaya... itu pun Anwar masih steady lagi !
Anonymous says:
December 6, 2011 10:17 AM
hik, hik... tiba tiba tertanya, adakah kebenaran masih lagi terselindung di sebalik maggi mee? tapi stahu saya, Tan Sri Musa Hassan seorang yang berperibadi mulia dan berdisiplin tinggi, manakala cerita anwar pula terlalu banyak garam, rempah ratus, anjinomoto, kari yang sememangnya sedap!!!! benar atau tidak tak pasti tapi memang takder kepercayaan lagi dah... aku berpegang pada sejarah 1998 zaman kemelesetan ekonomi dimana anwar adalah 'best friend' kepada soros, penyangak matawang!
Memang pun Anwar ni manusia paling bangsat di Malaysia. Tok sah korang percaya. Sume kene tipu belaka. Kesian pada mereka yang terus mati-mati percaya tapi sebenarnya kena tipu idup-idup.
satelah berbagai bukti video dan terus mengelak untuk sekadar bersumpah atas nama Allah bagi menegak kebenaran, dan berbagai ucapan yg mengelirukan serta menghina negara sendiri, ramai rakan2 yg berkorban apa sahaja meninggalkan nya kerana menyedari siapa sabenar nya nuar ini, namun masih ada lagi manusia yg percaya apa yg di lakukan itu sebagai fitnah, politik politik...,kerana politik tiada lagi pertimbangan yg waras,
Anon December 6, 2011 10:17 AM
Cerita pasal Tan Sri Musa tu tak betul. Lagi melibatkan ayah dia orang yang kuat agama. Itu memfitnah namanya. Saya harap blogger yang siarkan fitnah ini disaman oleh keluarga Tan Sri Musa.
Bukan macam Anwar. Walaupun keburukan yang dilakukan tetapi orang macam kamu taksub mempertahankan dia. Kamu pernah terfikir ke kenapa Allah swt tak permudahkan urusan dia untuk jadi PM Malaysia. Kalau kamu orang Islam, percayalah pada qada` dan qadar. Jangan melawan takdir.
Allah swt bagi otak suruh kamu berfikir dulu baru bercakap bukan sebaliknya.
Ayah kuat agama tak semesti jatuh kat anak dia silap2 jd setan jendul.Ooooo mcmm tu plak kau baca anon1017 Bukan mcm anwar apa yg kau nak maksudkan????? kau pun bukan ada dlm bilik tu,bukan mata kau nampak pun apa anwar buat, kau pun main dgr2 jd x usah kau sibuk nak nilai anwar tu,KALAU KAU TU ISLAM BAIK KAU PAKAI OTAK SIKIT LEBIH. Kadang2 Allah tu beri kita kesusahan di dunia ini,untuk menguji kesabaran kita untuk dimuliakan di akhirat nanti.Ujian Allah pun yg termampu oleh kita jd berdoa yg baik2 sudah lah.Pakai otak atas jgn pakai otak bawah.S
Elok lah tu kalau senang dan suka dgn fitnah kehidupan kita barangkali akan berkisar ttg itu jugalah akhirnya.....boleh jd