Perhimpunan 'balas' pihak pembangkang di Shah Alam, semalam bagi menjawab isu yang ditimbulkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 menunjukkan golongan itu semakin gentar dengan strategi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan di Shah Alam itu turut membuktikan pembangkang mengakui kekuatan UMNO dan BN yang mendapat suntikan semangat baru bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.
"Pembangkang bagi saya sudah mula bimbang selepas mesej Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perwakilan serta ahli parti bersatu, menguatkan barisan seterusnya menghentikan persengketaan bagi memastikan kemenangan pada PRU13 mula menyerap di jiwa kami.
"Kebimbangan dan kerisauan pembangkang itu jelas dan amat difahami sehingga mereka terpaksa pula mengadakan perhimpunan tergempar semata-mata bagi menjawab segala isu yang dibawa ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,"





