..

..

Akhbar Cina ikut stail Guan Eng & DAP rasis ,sanggup jadi kilang fitnah !

on Wednesday, December 7, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menuntut dua akhbar berbahasa Cina menarik balik artikel mereka yang didakwa suatu pembohongan serta palsu.

Selain itu, beliau juga meminta permohonan maaf dibuat dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar itu kerana menyiarkan laporan yang tidak tepat berkenaan ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.



Menurut Musa, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit tidak benar sama sekali dan bercanggah dengan isi ucapannya selaku wakil UMNO Pulau Pinang.

"Kenyataan penarikan balik artikel itu dan permohonan maaf mereka harus dicetak dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar berkenaan.

"Saya juga memberi mereka tujuh hari untuk berbuat demikian dan tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Wanita UMNO negeri, Zabariah Wahab.

Kenyataan kedua-dua akhbar tersebut menyebut Musa mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) hanya menghantar UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tidak bergantung kepada parti komponen yang kalah pada pilihan raya lalu untuk menakluk Pulau Pinang.

Musa menafikan berucap sedemikian sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya menyentuh mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh UMNO di Pulau Pinang. - Utusan


Komen GPB 

GPB berada di dalam Dewan Merdeka semasa Datuk Musa berucap di pentas . Tak pernah pun beliau sentuh bahawa biar  UMNO saja dihantar bertanding di PRU akan datang di P.Pinang  .  Beliau sempat lagi memberi contoh bahawa UMNO tidak pernah tikam belakang merujuk kepada PRU 1990 dulu .

Nampak sangat wartawan akhbar Cina ini cuba memainkan game DAP & Guan Eng bahawa  UMNO PP ingin bolot  jawatan Ketua Menteri . Selain itu mereka mahu perpaduan di dalam parti komponen BN PP bergaduh dan berpecah .

Untuk melihat video ucapan perbahasan beliau ..KLIK DISINI


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.