Adun PAS & Harakah bakal disaman kerana fitnah MB Terengganu !

on Friday, December 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyaman seorang wakil rakyat pembangkang yang didakwa memfitnah beliau berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Ahmad memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Khamis bahawa tindakan undang-undang terhadap Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) akan diambil segera kerana dakwaannya itu telah menjejaskan nama baik beliau dan kerajaan negeri.

"Dia mendakwa telah berlaku salah laku dan penyelewengan serta kebocoran dalam kontrak bekalan pakaian sekolah kepada satu syarikat bernilai hampir RM10 juta, setiap tahun selama tiga tahun dengan jumlah keseluruhan kontrak RM28.47 juta dan dikecualikan daripada proses tender, sedangkan dalam laporan Ketua Audit Negara, kontrak hanya satu tahun sahaja iaitu 2009.

"Nilai kontrak sebenar RM7.995 juta sahaja bukannya RM10 juta seperti yang dibohongi itu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 yang dibentang oleh beliau Isnin lepas.

Bernama melaporkan Ahmad berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.

Beliau berkata pembohongan itu turut disiarkan dalam kolum Syed Azman, 'Ganu Kite' dalam akhbar Pas, Harakah, edisi 11-13 Nov lepas.

Selain Syed Azman, tindakan serupa juga akan diambil terhadap Harakah, pengerusi dan penerbit Harakah dan semua yang terlibat.

"Saya sudah menghubungi peguam dan tindakan (saman) ini akan diambil dalam masa terdekat," katanya.-8/12/2011


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps