Wang Luar Jangka tak lesap , PKR saja tak jumpa untuk menabur Fitnah !

on Wednesday, November 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa RM1.4 bilion wang Perbendaharaan Negara bagi dana Bajet Wang Luar Jangka telah lesap.

Sebaliknya, kata beliau jumlah sebenar bagi tahun 2010 telah pun diisi semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

"Sama ada mereka terlupa, tidak faham atau percubaan untuk memutar-belitkan fakta-fakta dan mengelirukan rakyat," kata Awang Adek kepada pemberita pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.



Beliau mengulas dakwaan pembangkang semalam, bahawa dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion telah lesap daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan.

Isu berkenaan dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat dan kemudiannya dilanjutkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang akhbarnya.


Komen GPB 

Satu lagi pembohongan &  fitnah PKR ...ingat RM 1.4 Bilion itu RM 1.4 juta ke ..senang boleh isi dalam beg untuk bawa lari ..kah kah kah .....

Kalau tak bohong & menipu rakyat memang tak sah la ...


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps