Shahrizat diugut Zuraida PKR, letak jawatan atau diserang isu projek Fidlot ?

on Thursday, November 10, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Wanita PKR menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meninggalkan politik dan letak jawatan jika benar-benar mengambil berat tentang Pergerakan Wanita Umno ekoran pendedahan masalah berkaitan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).




Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu seharusnya mengutamakan kepentingan Barisan Nasional (BN) dan wajar menunjukkan bahawa wanita lebih berwibawa dan berintegriti.

"Tindakan paling hormat untuk beliau lakukan adalah berhenti daripada kerajaan dan meninggalkan politik kerana tidak akan ada lagi pendedahan berkenaan projek ini," kata beliau pada sidang media hari ini.

Katanya, hanya tindakan meletak jawatan boleh menyelamatkan imej ahli-ahli Wanita Umno yang turut berhadapan dengan skandal tersebut, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.





Komen GPB 

Habis la karier  politik Ketua Wanita UMNO Malaysia  ....haha ..

Terpalit kerana projek suami dan anak-anak je ... Imej kegagalan projek  lembu Fidlot akan terus diserang oleh PKR berterusan terhadap Shahrizat .

Ke mana Shahrizat pergi termasuk bertanding dalam PRU  13  akan  terus diburu pakar-pakar lembu PKR ..haha

Itu lah dulu Kak Ijat kutuk sangat  blogger Penang sebab  bongkarkan kes raba  anak VVIP Penang kononnya jangan serang keluarga , tapi sekarang beliau sendiri yang kena .

Bersiap sedia la Kak Ijat  dan kroni-kroninya  itu ...nak pilih politik ka atau nak pertahankan  keluarganya  berhak dapat projek itu ..


Harus diingatkan juga  "  Winable Candidate " ala  Najib  tak boleh terpalit isu lembu seperti ini ..haha


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps