Sekarang ini bersepah risalah bajet kerajaan regim DAP diedarkaan termasuk di masjid . Seperti biasa lah kalau tak menipu bukan sifat DAP la . Jika kita sekali baca " Mengurangkan Hutang Negeri " , kiranya bagus lah dan dibikin pulak dalam masa 3.5 tahun je .
Tapi harus tengok nilainya iaitu RM 600 juta ! Fuyooo !
Pakar akaun terbaik dunia pun tak mampu kurangkan hutang sebanyak itu dalam masa 3.5 tahun . Hanya di negeri ditadbir kerajaan berjiwa rakyat DAP je yang boleh bikin sebab ada pakar silap mata yang paling handal menipu je boleh lakukan .
Tentu ramai terfikir mana apek Lim Guan Eng dapat duit untuk langsaikan hutang negeri ini ?
Sebenarnya penduduk Pulau Pinang tak diberitahu bahawa Guan Eng bahwa “kejayaan” kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai.
“Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?” kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu. KLIK DI SINI
Inilah pakar putar belit & penipu DAP yang cemerlang ...senang betul dia kencing rakyat negeri ini .






