Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.
"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?
"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.
Pembelian untuk kondominium berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.
Komen GPB
Akhirnya baru GPB percaya memang betul la dakwaan Kondo mewah di KL telah dibeli oleh anak beranak Kak Ijat . Ini diakui sendiri jurucakap rasmi NFC iaitu YB Rembau Khairy Jamaluddin dalam blognya . Hairan juga yang si suami menteri tak jawab , tapi si MP Rembau ini pulak kena ..
Beli Kondo Mewah untuk pelaburan .... kah kah kah ....
Bidang yang lain tak boleh melabur ka ? Rakyat bawah kalau dengar dan baca dalam akhbar la , beli kondo mewah guna duit rakyat pulak ...sapa tak hangat woiiiiii .. ..
Kira hebat juga la Pakar Lembu PKR bongkarkan pembelian kondo ini dan yang pelik mana depa dapat dokumen dan bukti ini . Mesti ada orang dalam NFC dan syarikat anak beranak Shahrizat ini telah belot dan feed info ini kepada PKR .
Macam tu GPB pun nak pinjam juga la duit kerajaan untuk buat pelaburan ...Nak beli kondo juga seperti syarikat anak beranak Shahrizat ..haha ...amacam boleh tak ?? lagi pun rumah sendiri pun tak ada lagi ...
Tak kan Pak Menteri dan kroni je dok sapu ...
kami blogger pun yang dok backing kerajaan siang malam pun nak juga...sudah la ada malaun yang rapat dengan PM sudah kencing kami dengan mengaku semua blogger di bawahnya ...duit confirm dan disapu tapi kami habuk pun tarak ....













Dia mengaku tu oklah, dia beli pun bukan atas nama menteri tapi atas nama syarikat NFC. Tak kan modal yang dipinkam nak buat bayaran gaji dan overhead yang lain.Bila syarikat buat investment beli kondo sekurang-kurang keuntugan daripada sewa boleh membayar gaji dan overhead yang lain sementera menunggu penjualan lembu /daging
tapi dari cara khairi cakap macam dia dah tau je, sebab dia yang jadi broker projek tu kot.
tau jelah siapa yang berkuasa masa tu.
melebur bukannya melabur..adooii