Lepas Mat Rempit , kini penarik beca Penang berdemo bantah regim DAP ...

on Saturday, November 12, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini, penarik beca pula berbuat demikian.

Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu.

Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari.

Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'.

Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca.


Belanjawan Berjiwa Rakyat 2012  memang sah  tak berjiwa rakyat ..
kalau tidak tentu geng penarik beca ini tidak buat demontrasi . 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bahalol umgok kalau da orang jenis bahalol macam kamu ni memang susah nak diajar penarik beca tu keja ngan kerajaan penang ke kalau dah dia malas macam tu lah jadi nya ho bahalol.

  2. Anonymous says:

    penarik beca tu rakyat negeri mana...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps