Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.
Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.
“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.
“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.
“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.
“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.
“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.













Elok jugak dikurangkan kakitangan awam.. Mula2 sekali, Kerajaan BN di peringkat Persekutuan perlu buang ramai Mamat2 dan Minah2 yang anti kerajaan. Kat Kelantan banyak sangat species seperti ini. Bangga betul mereka kalau dapat tunjuk 'samseng' dgn mengata2 dan memburuk2an Menteri2 pusat kat ofis. Secara terang2an.
Tak kira Mamat2 atau Minah2. Tak kira pangkat tinggi & rendah. Najib & Rosmah tu, makanan diorang lah untuk diumpat-keji.
Prestasi mereka macam ni - lembab buat keje & pemalas.
Eluk sangat start dengan buang keje kakitangan2 haprak ni..
Kesatuan pun 'wayang'. Kat belakang ucap terima kasih sebab isu begini yg ditunggu sebagaimana isu kominis. Sebab nanti ada la tu ganjaran atau skim gaji baru untuk kakitangan awam. Strategi Mat Sabu digunakan oleh pihak kesatuan melalui Tony Pua.
Lepas tu nanti suruh la wakil PKR pulak sebut 'posmen cabok' tuju pada Mohd Aziz MP Sri Gading. Posmen pasti seronok bukannya marah sebab posmen lepas tu akan dapat habuan. So sapa yg cerdik?
Kami kakitangan awam mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tony Pua. Semoga isu ini menjadi hangat dan kakitangan awam akan mendapat manfaat sebagaimana anggota keselamatan selepas isu kominis yg di war2kan berikutan kenyataan Mat Sabu. Harap media main peranan bersungguh2 dan didahuli dengan ucapan terima kasih
TERIMA KASIH la...kepada DAP yang nak kurangkan penjawat Awam..saya pernah kerja dengan Company Cina mereka ni sungguh racis dan "BIAS" tentang melayu, malah memberi upah (gaji) yang tidak setimpal berbanding pekerja dikalangan mereka sendiri.Hahaha......mungkin say tersalah kata tapi itulah hakikat sebenarnya Bangsa ini (peribadi cina pernah berkata " HATI MEREKA INI LEBIH HITAM DARI DAKWAT CINA ITU SENDIRI"....
Anonymous says:
November 8, 2011 8:41 AM
diorang keje dengan kerajaan negeri la weh..kerajaan negeri kelantan sape pegang?ko jangan ingat kakitangan awam je sokong kerajaan,tengok kerajaan plak la..sepatutnya ko yang kena buang pasal ko tak sokong kerajaan negeri wakakaka