Kakitangan awam dilindungi Perlembagaan, tak boleh dibuang suka hati

on Wednesday, November 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.

Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.

“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Aziz berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau kerajaan dia dah dapat, bila2 masa je boleh tukar itu perlembagaan. jangan caya la. Jangan cakap kakitangan kerajaan, undang-undang pasal ketuanan Melayu pun diorang senang2 akan tukar. Maka beringat-ingat la saudara2 Islam ku kat dlm Pakatan/PAS sekelian.....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps