Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam menafikan dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka tidak membandingkan harga produk 1Malaysia dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.
“Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk 1Malaysia dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.
“Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah apple to apple ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik daripada segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Tony Pua kelmarin yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.
Ismail Sabri menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk 1Malaysia 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian pasar raya besar lain.













biasalah banyak peniaga cina rugi klu kedai 1 malayasia bukak mereka2 nie nakkan vote dah kekeringan idea carilah pasal tulah pasal
Dia org Dengki sebenarnya ! sbb kedai 1 Malaysia dapat sokongan rakyat