Ibadat haji : Bukan salah Najib , tapi pegawainya yang bangang !

on Thursday, November 10, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Cubaan portal dan blog pro pembangkang nak jadikan isu soal ibadat Haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijawab hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.


"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.


"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.

Sebelum ini, sebuah portal pro pembangkang menyiarkan memetik Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji seperti yang disiarkan PM.

Dr Juanda memberitahu beliau dihubungi oleh portal berkenaan untuk mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.

Mufti Perlis tersebut kemudiannya meminta portal berita tersebut memperbetulkan kenyataannya bagi mengelakkan persepsi buruk-10/11/2011


Komen GPB 

Bukan salah Najib , tapi salah pegawai-pegawai medianya yang bangang dalam menasihat .  Sudah la makan gaji buta  dan lepas itu cakap kat PM  mereka lah paling hebat dan pakar dalam dunia media  ! 

Lain kali nak tweet apa dia pun , pikiaq dulu ayat itu sebelum Malaysiakini kaki putar belit dapat cari ... .


7 Responses

  1. Anonymous says:

    yang pentingnya disini, harapan Malaysia kini untuk mempertikaikan ibadah haji DS NAJIB hancur berkecai.

  2. Anonymous says:

    ok lah tu

  3. Anonymous says:

    harap rosmah pakai tudung la lepas ni...sebab tu wajib..seperti haji gak :)..tp setahu saya sebelum pergi pun kena tutup da aurat ...kena suci kan hati dlu... sebelum menjadi tetamu allah..haji mabrur ni kita dapat lihat perubahan dia..dr buruk kepada lagi elok..tanda hidayah yang di beri oleh allah swt...memberi keinsafan kepada kita sesudah selesai beribadah....kalo xde tu :) paham2 la...jgn jadi macam artis malaysia da...da nama terpalit tercemar...da kotor...g buat haji...kunun nya nak naik kan balik nama :) seolah2 permainkan allah swt :)..mudahan2 PM kita x camtu gamak nye :) kan3 :)

  4. Anonymous says:

    insha'Allah...rosmah akan pakai tudung. beliau nampak lagi cantik bila bertudung....semoga doa rakyat msia dpt menggerakkan hati rosmah memakai tudung,ya allah..amin..

  5. Anonymous says:

    rosmah still dulu, kini, dan selamanya. bajet MILF kot. aku da agak da, die takkan brubah. harap suami dpt didik isteri. jgn jd dayus.

  6. Anonymous says:

    Tak payahlah semua susah payah memikirkan Rosmah bertudung ke atau tidak. Buanglah sifat suka mengukur dan menilai orang, tsbiat buruk orang Melayu dari dahulu sampai sekarang. Pastikan terlebih dahulu kaum keluarga dan anak-anak kita faham maksud jadi oragn Islam. Jangan nanti ada yang pakai tudung litup, sehalai rambut tak kelihatan, tetapi memakai baju T sekerat , berlengan pendek, dan berseluar ketat menunjuk cangkang. Mana satu aurat afdal yang ditutup? Islam bukan pada tudung dan ketayap! Islam bukan pada Haji dan Hajjah!

  7. Anonymous says:

    hajjah rosmah kekal tidak bertudung/hijab di honolulu

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps