Filem VIKINGDOM arahan Yusri akan ditayangkan di 72 buah negara !

on Wednesday, November 9, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



SELEPAS berjaya memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di peringkat antarabangsa dengan judul The Malay Chronicles, kini KRU Studios bersedia menghasilkan sebuah lagi filem bagi pasaran dunia dengan menampilkan pelakon popular Hollywood sepenuhnya.



Memaparkan kisah epik pengembara dan lanun Scandinavia, filem terbaru arahan Yusry Abdul Halim, Vikingdom menampilkan pelakon seperti Dominic Purcell yang cukup popular menerusi drama bersiri Prison Break dan filem Blood Creek, Natassia Malthe (Elektra), Craig Fairbrass (House Of The Rising Sun), Jon Foo (Takken) dan Conan Stevens (The Hobbit).

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya gembira kerana usaha dilakukan menampakkan perkembangan positif apabila pengedar memberikan persetujuan awal menayangkannya.

Katanya, filem yang memulakan penggambaran di sekitar Cyberjaya, Gua Tempurung, Batu Gajah dan Ipoh Perak sejak dua minggu lalu, bakal diedarkan di 72 negara sementara Britain mahupun Amerika Syarikat sendiri menunjukkan minat untuk menayangkannya.




“Kami bertuah kerana rakan niaga KRU Studios, Epic Pictures di Hollywood mempunyai hubu�ngan baik dengan penggiat di sana. Mereka juga yang melamar Dominic untuk terbabit dalam filem ini.

“Terus terang, pada peringkat awal untuk memasarkan Vikingdom ke pasaran luar sewaktu menyertai program memasarkan filem di Cannes, kami tidak mempunyai apa-apa, sama ada poster mahupun gambaran filem bakal dihasilkan.



“Apa yang kami jual adalah skrip dan juga nama Dominic. Bagaimanapun, maklum balas yang diterima sangat menggalakkan. Kini boleh dikatakan hampir semua negara di setiap benua bersetuju memasarkan Vikingdom,” katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar Vikingdom bagi memperkenal�kan barisan pelakon filem itu, kelmarin.

Menyentuh pelakon lain yang turut membintangi filem terbabit, jelas Norman sebenarnya mereka memberikan kuasa kepada Dominic untuk memilih siapa lagi yang sesuai untuk terbabit dalam Vikingdom.

“Memandangkan kami menggunakan namanya, dia mempu�nyai kuasa untuk memilih pelakon gandingan. Kami akur dengan pemilihannya memandangkan Dominic hanya boleh bekerja dengan mereka yang dirasakan sesuai dan sekali gus memastikan pembikinan filem ini berjaya dihasilkan dan dipasarkan,” katanya.

Kata Norman, idea menghasilkan Vikingdom bermula tiga tahun lalu apabila skripnya sudah dihasilkan tetapi kerana mahu menghasilkan HMM, projek itu dihentikan buat seketika.

Mengenai kos pembikinan filem itu, Norman mengakui menelan kos yang besar tetapi setakat ini mereka tidak lagi memperoleh jumlah sebenar kerana ia masih lagi dalam pembikinan.

Sementara itu Yusry sebagai pengarah Vikingdom berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran dijalankan apatah lagi hampir 70 peratus pembikinannya dilakukan di dalam studio dan selebihnya di luar.

“Senang hendak bekerja dengan pelakon antarabangsa ini. Selagi kita mematuhi kontrak ditandatangani, selagi itulah mereka memberikan kerjasama baik dan komited terhadap kerja dilakukan.

“Tahap profesionalisme mereka sangat tinggi. Begitupun, apabila sudah beberapa minggu bekerja dan keserasian antara kami sudah wujud, mereka tidak berkira sangat.

“Sebelum ini memang mereka ada minta perkara yang tidak dapat kami berikan seperti karavan tetapi mereka faham. Walaupun mereka ini bintang Hollywood tetapi sifat ‘diva’ langsung tidak wujud. Setakat ini, penggambaran berjalan dengan lancar,” katanya.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    filem syok sendiri, macam merong.

  2. Otak Geliga says:

    teruskan KRU.....gua sokong lu bros

  3. Anonymous says:

    Kepala otak ko laa filem syok sendiri...ini baru la dikatakan berwawasan....pasaran antarabangsa...pelakon2 pro...computer grafik powerr...tak mcm Sembilu...lagi2 muka yg sama...asyik2 cintan cintun...takpun filem hantu....merepeeekk lerr...

  4. Anonymous says:

    da tengok..bezzzzzz

  5. Anonymous says:

    hentam lahhh

  6. Anonymous says:

    sy blum tnggok laa...

  7. Anonymous says:

    So far bg negara yg baru nk jinak dgn cgi, aku rse dah ok. Standard la ada cacat n lucu ckit cgi. Cost pon ckit nk banding cerita hollywood lain. Lama2 dah kaya, ok la tu cgi dorg. Story pon ok. Cuma ada certain benda x perlu ada dlm cerita ni. Kau hollywood klo $15 juta tu dpt cerita cinta bodoh n slow je. Kat malaysia ni, KRU dpt jgk buat cerita ala 300. Siap amik org putih blakon lg. Nak kata menakjubkan tu x la. Tp sgt memberansangkan bg org baru mcm ni. Nmpk kemajuan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.