Bila Tiz Zaqyah marah kepada blogger ...

on Wednesday, November 2, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Hai kalau dah namanya artis, mestilah semua pergerakan anda mahu diketahui umum. Tambahan pula zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini, segala informasi didedahkan dalam internet.

Terbaru Murai Batu mendapat tahu pelakon yang selalunya membawa watak baik-baik Tiz Zaqyah ini tengah melenting kerana segala gambar-gambar mesranya bersama kekasih hati, Remy Ishak yang disiarkan di dalam internet diambil oleh seorang blogger.

Kemudian, gambar tersebut telah pun dijaja dan pelbagai cerita yang tidak sedap dan tidak enak turut keluar. Hal tersebutlah yang membuatkan Tiz Zaqyah sedikit meroyan tak puas hati. Katanya kalau nak follow, follow sajalah tak payah la nak ambil dan sebar-sebarkannya. Segala kemarahannya dicurahkan di fanpagenya.

Bagi Murai Batu senang saja, kalau tak nak mengaku bercinta tak payahlah tunjuk secara umum gambar mesra awak, paling senang print besar-besar letak di rumah untuk tontonan sendiri . Ini awak tangkap gambar berdua kemudian ditayang kepada umum, apabila orang ambil awak nak marah-marah.

Patutnya Tiz Zaqyah sendiri perlu mengawal sikapnya yang suka menayang segala gambar di twitter. Tidak silap Murai Batu, Tiz ni memang ketagih sikit dengan dunia siber ini. Dulu dia sangat aktif bertwitter tapi sebab terlalu ketagih dan pernah ditegur, terus dia tutup akaun twitter tersebut.

Apa yang pasti, Murai Batu memang pelik betul dengan perangai si Tiz ni. Kalau awak tak mahu pergerakan awak diperhati tak payahlah jadi artis. Baik jadi kerani saja kerana tak akan ada orang nak sibuk-sibukkan hal anda. ~ Murai.com




**  Sebagai peminat kepada heroin Nur Kasih ini  .. Tiz marah -marah sayang je ... haha


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.