Berita yang buat Nurul Izzah malu besar kerana kuat sangat menipu

,
on Thursday, November 24, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam mendapat pengajaran bermakna di Dewan Rakyat hari ini, apabila beliau 'dibelasah' Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Latiff Ahmad.

Abdul Latiff yang tidak senang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas Nurul Izzah walaupun isu tersebut telah dijelaskan berulang kali berkata, kontrak perolehan setiap kementerian dibuat mengikut prosedur yang sama, tetapi kenapa hanya kementerian itu menjadi mangsa.

"Ini bukan komisen, semua yang berkait dengan pembelian termasuk kos latihan kepada kru kapal selam di Perancis tertera dalam kontrak. 


Bodohlah kerajaan kalau selepas kontrak tersebut sudah diberi kepada Syarikat Peri Mekar kemudian kita beri lagi komisen Yang Berhormat,'' tegasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Latiff menegaskan perkara tersebut telah diterangkan berulang kali menerusi jawapan lisan tetapi Nurul Izzah tidak hadir dalam Dewan.

''Berbuihlah mulut kalau kita nak bercakap benda yang sama berulang kali. Yang Berhormat apa yang saya katakan adalah benar, benar, benar dan benar belaka.


"Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan kita ini bodoh sangat nak bagi komisen suruhlah peguam dari Perancis itu sapina. Bukan setakat Menteri Pertahanan, sapina saya pun tiada masalah," tegasnya.








Komen GPB 


Nurul Izzah terus menipu rakyat  kerana  anggap semua orang dalam MINDEF dan kerajaan  ini semua bodoh kerana beri komisen buta dan dirinya paling cerdik .   Ingat nak beli kapal selam macam beli ayam China Doll ka ?? hahaha ...


One Response

  1. Anonymous says:

    Kita Serah PAda Allah Swt, Melaknat Para Pemimpin Yang RAsuah Dan Zalim, Azab Buat Mereka Dan Pengikut2 Mereka Di Dunia Dann Akhirat, Amin Ya RabbalA'lamin, Aghistni Ya Allah Hu Rabbal Allamin

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.