Aziz Bari berhenti saja dari pensyarah jika cenderung politik

on Sunday, November 6, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr Abdul Aziz Bari dinasihatkan meletakkan jawatan jika mahu bercakap atas pentas politik tanpa perlu menunggu keputusan universiti.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berkata universiti adalah institusi yang mengutamakan bidang akademik.

Beliau yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar Mingguan Malaysia, matlamat menjayakan bidang pendidikan memerlukan pencapaian akademik dan keneutralan sebagai keutamaan.

"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi.

"Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya.

Mohamed Khaled yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang juga sedar Abdul Aziz telah memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana, Johor, pada Jumaat malam tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.