Artis mana bercium di Pulau Tioman sempena sambut Halloween ??

on Tuesday, November 8, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Nampaknya masih ada artis dan selebriti kita yang begitu bangga memaparkan perangai liar dan tak senonoh mereka di khalayak orang ramai.

Tak cukup dengan itu, mereka sanggup pula membiarkan aksi mereka itu dirakamkan walaupun mereka tahu kebarangkalian ianya tersebar melalui internet dan sebagainya cukup tinggi.

Terbaru dunia hiburan kecoh dengan gambar seorang pelakon beranak satu yang bercium ghairah dengan seorang lelaki di Pulau Tioman.

Wanita itu dikatakan sudah memfailkan permohonan cerai dari suaminya kerana kononnya kehidupan yang dibina dengan lelaki itu tidak membahagiakan.

Ada yang berspekulasi puncanya dari sikap suaminya sendiri.

Difahamkan aksi ciuman mulut ke mulut dengan seorang jurulatih selam (bukan suaminya) ini terjadi sewaktu menyambut Halloweeen beberapa minggu lepas

Gosip pelakon itu mempunyai hubungan dengan seorang jurulatih selam sebelum ini sudah tersebar sewaktu dia memohon cerai dari suaminya.

Adalah malang sekali, di saat kita melihat makin ramai artis dan selebriti kita mula berubah dan berhijrah ke jalan yang diredhai, jumlah mereka yang makin haru-biru juga nampaknya makin bertambah.

Entahlah lepas ni siapa pula yang nak tunjuk aksi ‘comolot’ mereka, jangan lebih teruk dari itu sudahlah, biru mata hitamku hehehehe- Syahril A. Kadir (Mynewshub.my)


3 Responses

  1. Anonymous says:

    nak kata top, belum dapat anugerah lagik.sekarang dah dapat anugerah ini pulak...punah...

  2. Anonymous says:

    ni anak ustaz amy search,nabila huda,x payah nak sensor2 la,bagi semua orang tau bertapa bodohnya artis ini...

  3. Anonymous says:

    ini lah contoh hak asasi kot....hahahaha

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps