Yaakob Sapari dakwa adegan beromen bukan di pejabatnya

on Tuesday, October 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Yaacob Sapari menafikan berlakunya 'skandal' di pejabatnya di Seksyen 9 Shah Alam seperti yang didakwa oleh sebuah blog pro-Umno.

"Jadi saya mengutuk sekeras-kerasnya fitnah lucah ini yang diusahakan oleh mereka, sepatutnya kita bersaing secara sihat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukannya melakukan aktiviti seperti ini.

"Bagi saya ini bukan serangan kali pertama oleh blogger pro Umno terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dituduh dengan perkara yang lucah sebegini," katanya dalam temuramah dengan TVSelangor.

Menurut Yaacob, susun atur di ruang pejabat DUN Kota Anggerik jauh berbeza dengan klip video lucah yang bertajuk 'Skandal Dalam Pejabat ADUN Kota Anggerik Shah Alam' itu.

Klip video itu memaparkan aksi sumbang seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki kononnya di pejabat DUN Kota Anggerik.KLIK DI SINI






Komen GPB

Macam-macam skandal dok terpalit dengan  pemimpin-pemimpin Pakatan ni ......haha


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps