Tony Pua mewakili DAP menggesa kerajaan agar tidak membiarkan pelajar-pelajar yang cerdik ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akedemik. Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai.
Atas dasar itu mereka menggesa agar kerajaan menggunakan semula sistem PPSMI agar kanak-kanak yang cerdik tidak terbantut pembelajaran mereka. Tony Pua juga berpendapat modal insan terbaik keluar daripada mereka yang menggunakan medium inggeris dalam pembelajaran mereka.
Memang terang lagi bersuluh sekarang kenapa ramai orang-orang cina seumpama Tony pua menganggap cakap bahasa malaysia adalah amalan kasta rendah. Patutlah ramai dari kalangan mereka tergagap-gagap seperti tongkang pecah apabila bercakap melayu, ini untuk menggambarkan lagi betapa bahasa melayu itu sesuatu yang meloyakan.
Patutlah ramai majikan daripada orang cina yang amat liat untuk mengambil pekerja pengurusan mereka daripada kalangan orang melayu kerana tidak mahu ada bahasa melayu dipertuturkan di dalam kawasan kerja mereka. Takut kalau terjadinya pencemaran bunyi bahasa yang jelek di persekitaran tempat kerja.
Rupa-rupanya bahasa melayu itu bahasa orang bodoh dan bahasa inggeris itu bahasa orang pandai....rasa-rasanya ini dakyah penjajah. Nampaknya golongan yang dibawa oleh penjajah masuk ke tanah melayu juga membawa idea yang sama! KLIK DI SINI
*** Kesian kepada Samad Said dan juak-juak PAS -PKR yang turun berdemo dulu bantah PPSMI , rupanya DAP tak setuju dan anggap bahasa Melayu hanya untuk orang bodoh saja













kalo pandai bhs english pun, bkn boleh keje ngan syarika cina. syarikat cina lebih utamakan org cina shj yg bertutur dln bhs cina. Walaupun depa ngaji setakat SPM depa boleh jadi pengurus besar/jurutera/ dll. Takat kerja pencacai depa tak mau.....
Cuba tgk dlm paper iklam keje, mesti ada ayat 'Available to speak chiness", utk isi sesuatu jwtan....
English and Chinese language are important because of the revolution of china and some cacausion countries but BM quite err.. no comment. however we cant say it is useless though it is the onli way one can comunicate with malays.( it`s not a important issue though)