GPB tidak terkejut dengan strategi terbaru peguambela Anwar yang nampak semakin hilang arah dan hujah pertahankan anak guam mereka. Kali ini mereka menampilkan saksi misteri bernama Najwan Halimi bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang tinggal bersebelahan dengan bilik pengadu, Saiful Bukhari Azlan pada 2003.
Adakah anda masih ingat lagi gambar di bawah ini ? Gambar di bawah ini lah yang menjadi senjata / peluru awal Anwar selepas Saiful membuat laporan polis . Ia ditunjukkan oleh Wan Azizah di sidang media .
Sudah tentu la yang memberi segala maklumat dan gambar-gambar ini adalah Najwan Halimi dan hari ini telah terjawab melalui pengakuannya
GPB melihat saksi bekas pelajar UNITEN yang ditampilkan ini semata-mata untuk membuktikan Mohd Saiful pro UMNO dengan penglibatannya seperti ditunjukkannya gambar di atas ini . Seterusnya kes liwat ini adalah satu konspirasi Najib dan kejadian membalun tiada serta bukti air mani .
Selain itu , Najwan Halimi ini juga pernah menghentam Saiful Bukhari di dalam blognya kerana cemburu bekas pelajar UNITEN itu diterima masuk ke pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, sedangkan dia yang sebelum ini terlibat dalam AIC tidak diberi layanan seperti itu. KLIK DI SINI
Rakan baik Saiful percaya beliau diliwat bukan dengki seperti Najwan Halimi
Najwan juga memberitahu mahkamah dia dan Saiful sering makan bersama, menghadiri kuliah sama, dan melakukan aktiviti sukan bersama.
Menurut keterangan Najwan, ketika disoal peguam Anwar, Sankara Nair, Saiful adalah seorang pelajar yang sangat gemarkan publisiti hinggakan ketika dalam universiti dia menyertai pelbagai aktiviti sosial terutamanya dengan pemimpin politik Umno.
Apabila ditanya Sankara siapakah pemimpin tersebut, Najwan menjawab, Syed Hamid Albar (ahli parlimen Kota Tinggi) yang ketika itu pada 2003 adalah Menteri Dalam Negeri di bawah kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Najwan juga menambah bahawa dia pernah ternampak sekeping gambar Anwar yang tertera di bawahnya tulisan "Pemimpin Munafik" dan beberapa keping gambar bersama beberapa tokoh politik antaranya Azalina Othman Said dan Setiausaha Politik Najib ketika itu, Khairil Annas Jusoh.
Tetapi dia terkejut apabila mendapat tahu Saiful telah pun bekerja sebagai pegawai khas kepada Anwar sedangkan dia tahu Saiful sebenarnya tidak sukakan Anwar dari segi peribadi dan kepimpinannya.





