PAS dakwa bajet 2012 tiru Pakatan , ingat 2 malam ke boleh siap ?

on Friday, October 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Seperti kebiasaan setiap bajet dibentangkan oleh kerajaan BN akan dipertikaikan & dikutuk oleh pembangkang . Siti Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang terus menuduh bajet  ini meniru Bajet Pakatan Rakyat yang dibentang oleh Anwar Ibrahim beberapa sebelum bajet 2012 hari ini .

Cakap guna la otak sikit Zailah ... Memalukan seorang Muslimat PAS menjadi Ahli Parlimen !

Tak kan Bajet Anwar Ibrahim yang baru dibentangkan beberapa hari dalam minggu ini , tiba-tiba Najib ciplak  dan masuk dalam bajet 2012 .  Ingat bajet sebuah negara boleh siap dalam 2 hari ka ?

Ia sudah tentu mengambil masa yang lama beberapa bulan dan memerlukan pandangan2 dari banyak pihak termasuk pakar  dalam Majlis Ekonomi Negara dan Bank Negara.  .

Tentang dakwaan cukai korporat tak banyak diturunkan itu , GPB rasa lebih baik beliau baca betul2 balik teks ucapan .

Begitu juga dengan negeri Kelantan nya yang cakap dipinggirkan , GPB rasa nama tempat Wakaf Che Yeh  di negeri terbabit  pun ada dalam bajet Najib ..

Jangan bohong la ....seluruh negara lihat Najib berucap . Apapun yang jelas Bajet 2012 kali ini memang khas untuk RAKYAT  .   Biar la pembangkang nak cakap apa , tapi yang untung adalah rakyat .




KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff. Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat. 


"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily.


GST menunggu


Disebalik insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang sekaligus akan membebankan pengguna.


"Kita tidak nampak penurunan cukai kepada sektor koperat. Walaupun ada banyak cukai tak lansung diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat. "Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13.


Kelantan terus dipinggir


Beliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan. Beliau merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor sahaja. Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara terpilih.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Hebat sungguh Datuk Seri Najib dengan hanya dua hari sahaja pembentangan Budjet oleh pakatan pembangkang dia telah berjaya menceplak budjet tersebut, apa lagi dengan bahasa kiasan yang indah.

    Amat mustahil sama sekali budjet BN menceplak dari budjet pembangkang, cerita kat orang kampong boleh lah.

    Siapa yang menceplak siapa? Sedikit sebanyak cakap cakap sebelum budjet sudah kita dengar dan ada yang sedikit kebetulan. Aku rasa ini berpunca daripada kebocoran maklumat dari pihak perbendaharaan. Maka parti pembangkang pun mengubal budjet yang mana sedikit sebanyak ada persamaan dengan budjet kerajaan BN maka mereka pun membuat tuduhan bahawa Datuk Seri Najib menceplak budjet mereka.

    Lu pikiaq la sendiri

    warga sebelum merdeka

  2. Anonymous says:

    tengok muka pun tau memang sebiji bukan pakar ekonomi
    pakar memaki dan mencari kesalahan memang nampak dua biji

  3. Anonymous says:

    baghal punya mangkuk, cakap tak serupa bikin. Budget bukan untuk engkau tapi untuk rakyat dah. Hidup PM hidup BN.

  4. lazir ron says:

    Sebenarnya Kak Siti ni kena masuk pusat pemulihan AKHLAK...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps