..

..

PANAS ! RM 100 juta dirompak melalui SPICE , DAP ketawa besar !

on Thursday, October 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP tidak membina barang satu unit pun rumah kos rendah di antara tahun 2008 dan 2010, menurut laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.
Seberapa hari awal, BN Pulau Pinang telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjanjian projek sPICE yang didakwa merugikan rakyat.

Sinar Harian memetik pengerusi jawatankuasa kerja BN Dr Teng Hock Nan sebagai berkata pembinaan sPICE dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemajunya.

sPICE – subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre – ialah projek pembinaan RM300 juta yang diluluskan pentadbiran Lim Guan Eng.

Kontrak yang ditandatangani Eco-Meridian Sdn Bhd (EMSB), sebuah anak syarikat SP Setia, dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah berat sebelah.
Bukan itu sahaja, MPPP menyumbang RM50 juta duit rakyat kepada projek tersebut.


Tan Sri Liew Kee Sin (yang dipangkah merah) ialah CEO dan presiden SP Setia -- digambarkan dengan taikun pemaju hartanah yang lain, antaranya Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Land), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI), Tan Sri Tan Boon Seng (IJM), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway), Tan Sri Danny Tan (Dijaya)

Tan Sri Liew Kee Sin, yang anak syarikatnya dianugerahkan projek sPICE bernilai RM300 juta itu, ialah orang ke-30 terkaya di Malaysia.

[Mokhzani Mahathir ialah ke-15 terkaya dan Nazir Razak ke-36 terkaya, Sumber: majalah Forbes]
Tiga ‘Lim’ bertarung


MPPP diwakili Yang DiPertua majlis dan 24 orang ahli — 10 DAP, 8 PKR, 2 PAS dan 4 NGO. (Sumber: Laman MPPP)

Councilor MPPP Lim Boo Chang (PKR) mendakwa majlis dipaksa menyetujui projek tersebut atas desakan kerajaan negeri.
Seorang lagi ahli majlis Dr Lim Mah Hui (NGO) juga membantah tindakan MPPP menyalurkan RM50 juta untuk membiayai sPICE.

Lim Boo Chang berkata MPPP tidak membincangkan atau meluluskan butir-butir kontrak yang ditandatangani majlis dengan pemaju sPICE.

Tambah Boo Chang lagi, kerajaan negeri ketua menteri Lim Guan Eng telah mengetepikan prinsip-prinsip CATnya sendiri (Competency, Accountability & Transparency) dalam memaksa MPPP menelan sahaja projek tersebut tanpa banyak soal.

Beliau telah menulis dalam blognya:
“We were always kept in dark over the contract details of sPICE since we approved the project in principle last year.”
Pemaju dijangka akan dapat mengaut untung RM100 juta, kata blognya.

Manakala itu, Dr Lim Mah Hui pernah menegur:



Sejak DAP berkuasa di Pulau Pinang, para pemaju telah berpusu-pusu ke Pulau Pinang bagai semut mengerubuti gula.

Dibina secepat mungkin dan sebanyak mana mungkin rumah (amat mahal di Pulau Pinang kerana masalah kekurangan tanah), pangsapuri mewah, kompleks membeli-belah dan pejabat komersial tetapi rumah kos rendah tidak ada satu pun.

Penduduk kampung pula diusir dan tanah mereka diambil pemaju.

Projek sPICE melebihkan developer daripada rakyat marhaen tetapi 10 orang councilor DAP yang bertenggek di MPPP itu tidak berkicau walau sedecik.

Ikut mendiam diri ialah tiga orang lagi councilor wakil NGO.

Baca rencana NST

“… why the NGOs and most activists are not taking up numerous issues or raising questions about projects which would have long-term effects on people’s lives … (because they) have been appointed to positions or sit on the advisory boards of various agencies.”



Perjanjian yang dimeterai MPPP dan EMSB anak syarikat SP Setia hanya boleh disemak di pejabat MPPP dengan si pemantau itu membuat temujanji. Inipun seseorang yang berminat hanya boleh menelitinya selama dua jam. (Rujuk rencana FMT di atas)

Uraian RM50 juta bayaran MPPP (tercatat di bawah) diperolehi saya dari seorang sumber.

‘Sumbangan’ MPPP kepada concessionaire:
  • RM10 juta dibayar serta merta selepas perjanjian dilaksanakan
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas jalan dilebarkan
  • RM10 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas Penang International Sports Arena (PISA) diperbaiki
  • RM10 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas Pusat Aquatik dibaiki rupanya
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas kerja meletakkan asas bangunan untuk sPICE
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas tingkat bawah tanah (basement) sPICE dibina
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas bumbung sPICE disiapkan
  •  


Mana ketelusan CAT yang diuar-uarkan kerajaan negeri Pulau Pinang selama ini?

Kalau mahu dikatakan telus, muat-turunkan sahaja perjanjian itu di laman MPPP. (Rujuk screenshot di atas yang menunjukkan hasil carian ‘kosong’ untuk perjanjian sPICE tersebut)

 sumber : Helen Ang


Komen GPB 

Patut Guan Eng kalut sangat projek SPICE ini hingga tak endah bantahan ahli Majlis MPPP  ...RM 100 juta itu untuk kempen PRU 13  DAP  ka ??


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.