PANAS ! PAS tolak pembangunan sebab nak jual Melayu Kg Baru kepada DAP

on Thursday, October 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahril Samad hairan dengan sikap Pas yang begitu bersungguh-sunguh menolak pembangunan Kampung Baru walaupun ia bertujuan untuk membangunkan tanah orang Melayu di situ.

“Pas tuduh kononnya akan memberi keuntungan kepada syarikat dan individu yang berkepentingan tapi sudah terhad kepada empat buah syarikat yang tegap-tegap, PNB, Tabung Haji, Yayasan Hartanah dan Putrajaya Holding

“Saya rasa mana-mana pun yang dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut, saya ingat memang bagus untuk pembangunan tanah Melayu di Kampung Baru. Tambahan pula, mana-mana individu pemilik tanah yang ingin bangunkan sendiri tanahnya pun boleh, tetapi dia kena rujuk balik kepada Perbadanan Kampung Baru,” ujarnya mengulas sikap pihak Pas yang berusaha menolak rang undang-undang pembangunan Kampung Baru semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru seterusnya berkata melalui kerjasama ini, semua kepentingan pemilik tanah Kampung Baru terjamin termasuk kepentingan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) sebagai badan penasihat.

“Kepentingan pemilik juga terjamin, mereka boleh bangunkan sendiri, atau mencari partner lain ataupun bangunkan dengan badan amanah kerajaan yang mana memang tegap dan teguh ini.

“Jadi bagaimana Pas menentang sangat pelan pembangunan Kampung Baru ini. Saya ingat mereka nak jual Melayu kepada DAP sahaja. Kalau saya, orang kata yang UMNO yang jual Melayu atau apa sahaja, kita tak jual Melayu pun sebaliknya kita bantu Melayu buat, membangunkan tanah mereka,” ujarnya.

Tegas beliau, Pas sengaja nak timbulkan isu memandangkan mengikut kajian yang dibuat, tuan punya tanah hendakkan kepada pembangunan melalui Perbadanan Kampung Baru.

“Pas mahu lihat penduduk Kampung Baru mundur, miskin dan mewujudkan rasa marah penduduk di Kampung Baru memandangkan Pas mendapat sebahagian sokongan dari penduduk Kampung Baru. Kalau nak diikutkan sekarang, bukan semua penduduk di situ pun bukan semuanya warganegaraMalaysia, sebaliknya ramai orang luar.

“Tapi yang saya lihat, Pas ini hanya bangkang, bangkang, bangkang , walaupun punya kepentingan Melayu rugi tidak apa, asalkan dia bangkang, tambah lagi DAP ada, dia ikutlah telunjuk DAP sekarang ini, jual Melayu kepada DAP ini,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau melihat langkah berani yang dibuat kerajaan, pelan pembangunan Kampung Baru ini dilihat cara yang terbaik untuk membangunkan kepentingan Melayu, khususnya di tengah bandar. -MediaUMNO


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps