“Berbohong adalah tugas hakiki DAP. Setiap hari berbohong, kalau sehari tak berbohong hidup mereka tidak sempurna malah matipun kena bohong. Itulah kerja mereka, putar belit dan berbohong,” ujar Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Huan Cheng Guan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Melayu di negeri itu dipinggirkan.
Katanya, parti DAP adalah membawa maksud ‘Damn Arragont Party’ sebab itulah pemimpinnya suka putar belit dan menuding jari kepada orang lain.
“Kita lihatlah betapa banyak pembohongan yang telah DAP buat. Sebelum memerintah Pulau Pinang, pelbagai janji mereka taburkan antaranya menghapuskan semua bayaran tempat letak kenderaan. Namun sehingga kini bayaran masih dikenakan malah hari Sabtu dan Ahad juga telah dikenakan bayaran.
“Bukan itu sahaja janji yang telah mereka taburkan. Janji untuk mengecat rumah pangsa di Padang Tembak dan menghapuskan tol Sg Nyior juga tinggal janji kosong. Tiga tahun telah berlalu, saya tidak nampak apa yang telah DAP lakukan yang boleh dibanggakan. Mereka hanya pandai putar belit keadaan dan berbohong kerana perkara itu telah menjadi darah daging mereka,” katanya.
Menurut Cheng Guan, sikap sentiasa merasakan diri betul menjadikan Guan Eng seorang yang bongkak dan besar kepala sehinggakan tidak mahu mendengar rintihan ataupun pendapat orang lain malah tanpa segan silu memboikot sesiapa sahaja yang tidak menyokongnya termasuk pihak media.
“Sebab itulah pihak media disalahkan apabila baru-baru ini timbul isu Guan Eng memburukkan negeri Johor. Walaupun terang-terangan sudah ada bukti tetapi dia tetap tidak mahu mengaku kesalahannya dan meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak media. Sikapnya ini langsung tidak mengambarkan bahawa dia layak bergelar seorang pemimpin.
“Apa yang ada difikiran mereka adalah bagaimana cara untuk memutar belitkan fikiran rakyat bagi meraih undi agar dapat terus berkuasa. Inilah sikap mereka,” katanya lagi.
Komen GPB
DAP dah lama jadi kaki pembelit ,pembohong dan penipu ini ...depa tuduh la BN perbodohkan rakyat , tetapi depa lagi teruk kencingkan rakyat terang-terang !













kaki "kencing" jadi ketua menteri, inilah hasilnyer.. hali2 kena tipu.. talak tipu wa bleh masuk mental ospital looooo...LGEShit!!!