KUALA LUMPUR 23 Okt. - Perhimpunan Sejuta Umat terbukti lebih aman jika dibandingkan dengan BERSIH 2.0.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa sewajarnya pujian diberikan kepada pihak penganjur HIMPUN yang tidak melakukan provokasi atau sebarang gangguan yang menyebabkan berlakunya huru hara seperti yang didakwa beberapa Pemimpin Pakatan.
"Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun. Berbanding dengan huru-hara pada BERSIH 2.0 dengan perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar. Tiada siapa yang diganggu,tertekan atau merasa tidak selamat akibat perhimpunan itu."
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan kepada lebih 6000 veteran polis di "Himpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Malaysia Dengan Bekas/Pesara Polis di PWTC petang tadi.
HIMPUN yang diadakan semalam telah dianjurkan di Stadium Shah Alam yang turut dihadiri beberapa pemimpin PAS termasuklah Dato' Dr. Hassan Ali dan Ketua Pemuda PAS Wilayah.













Ape Ke Benda najib Cakap Ni,
Kalau Betul Ngaku Islam, umno Implementkan
HUDUD, Habis Cerita, Bila HUDUD Tak Timbul Lagi
Masaalah murtad, Balik2 Cerita PAS, Boringlah, Leka Cari Salah Orang Jer, umno Ada Kuasa, umno Tak Ikut Cakap mca/mic/gerakan, PAS Ikut Cakap DAP, Jadi Kesimpulannya, umno Dah Buleh Implement HUDUD Yang Mana Masaalah murtad Akan Selesai