..

..

Michelle Yeoh bakal masuk BN

on Friday, October 28, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Artis seni kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh, yang baru-baru ini menarik perhatian dunia kerana melakonkan watak pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady.

Tetapi yang paling menarik perhatian sekarang ini ialah khabar angin yang menyatakan bahawa dia akan menyertai politik Malaysia tidak lama lagi. Jika benarlah dakwaan tersebut, parti manakah yang akan menjadi pilihannya?

Menurut sina.com, pelakon superstar dari Malaysia itu sedang menimbangkan akan melibatkan diri dengan serius di dalam politik Malaysia dan akan menyertai pilihan raya umum akan datang.

Bekas gadis Bond tersebut masih belum membalas jawapan kepada Daily Chilly yang meminta penjelasannya mengenai perkara itu.

Tetapi ketika ibu bapanya dihubungi, Datuk Yeoh Kian Geik dan Datin Janet Yeoh menafikan mempunyai apa-apa maklumat tentang cita-cita politik anak perempuan mereka itu.

"Saya tidak fikir dia akan (menceburi politik)," menurut bapa kepada Datuk Yeoh, yang merupakan seorang ahli politik yang dihormati di Ipoh, Perak. "Dia tidak pernah menceritakan apa-apa kepada saya, tetapi saya akan tanya kepadanya."

Menyuarakan pandangan yang sama, Datin Janet berkata sambil ketawa: "Saya telah mendengar berita ini daripada kawan-kawan saya, dan saya rasa ia lucu. Saya tidak tahu bagaimana cerita itu muncul. Anak perempuan saya tidak pernah membincangkan mengenai politik dengan saya...."

Untuk makluman, ibubapa kepada selebriti terkenal ini merupakan penyokong kuat kerajaan dan merupakan ahli parti gabungan Barisan Nasional. UTARANEWS


One Response

  1. Anonymous says:

    Saya rasa dia tidak akan masuk BN jika beliau ingin mebnceburi dalam bidang politik walaupun kedua-dua ibubapanya adalah peyokong kuat BN.
    Andaian dalam tajuk artikel ini sungguh mengelirukan dan tidak logik belaka.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.