Sekali lagi serangan politik terhadap Angkatan Tentera Malaysia dilakukan oleh pembangkang. Kalau dulu Tony Puaka menyerang isu kapal LCS untuk burukkan TLDM kerana membeli kapal leboh 870 % mahal , tapi ternyata jenis kapal pun dia tidak kenal . KLIK DI SINI & SINI
Modus operandi mereka ialah mahu memburukkan Kementerian Pertahanan dan ATM di mata rakyat dengan membazirkan wang kerajaan . Mungkin benar juga ada yang kata pembangkang tak mahu Malaysia mempunyai kelengkapan tentera yang canggih di rantai ini .
Kali ini mereka menyerang kereta kebal /perisai yang dikatakan membazir sebanyak RM 7.55 billion. Ia dituduh oleh Yusmadi dan juga kaki penipu Tony PuaKA. Kalau betul ada berlaku penyelewengan dan ketirisan , sila laporan kepada SPRM kalau mereka mempunyai bukti bahwa kerajaan membeli lebih mahal dan berlaku pembaziran !
Sehingga sekarang Tony Pua tak berani membuat laporan SPRM tentang isu kapal LCS walaupun sudah didesak oleh suruhanjaya ini . KLIK DI SINI
GPB nasihatkan kepada Dato Seri Zahid , Panglima ATM dan pihak MINDEF ,,,,SAMAN sahaja puak-puak kaki fitnah terhadap ATM ini . Sudah nak meluat dengan gelagat puak-puak bangsat ini punya game . Mereka tiada isu memburukkan Najib , kini ATM pulak dijadikan kambing hitam .
Kalau macam ini lah stail politik Pakatan dengan memburukkan tentera bagi meraih undi , maka negara kita ini tak perlu la beli apa-apa kelengkapan terbaru tentera sebab semuanya tak betul bagi mereka ianya MEMBAZIR !
KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.
Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
“Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.
“Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.
Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.
Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.
Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.
Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.
Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.
Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.
Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.





