..

..

Laporan Audit : Anwar Ibrahim masa jadi TPM pun kena tegur juga !!

on Thursday, October 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
.
Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengkritik dasar transformasi kerajaan berikutan ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

"Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini 'The School Times' di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, hari ini.



Muhyiddin berkata, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran-teguran penting untuk memastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.

"Laporan ini sebenarnya menunjukkan sesuatu, iaitu tanggungjawab Ketua Audit Negara mengambil kira semua aspek dan tentulah kalau ada kelemahan-kelemahan itu perlu diperbaiki.

"Waktu Ketua Pembangkang dalam kerajaan pun, dia menerajui banyak kementerian pun, dia tahu juga perkara ini, walaupun kita membuat penjelasan kepada juruaudit tetapi teguran sebegitu amat penting juga dan ia akan disertakan di dalam laporan," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berharap semua kementerian dan agensi yang meneliti laporan itu supaya mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan serta cara mereka membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Ini bukan pertama kali, kita mahu peraturan, cara perbelanjaan, wang yang diperuntukkan itu digunakan secara baik-baik. Tidak ada pembaziran, tidak ada salah guna, sekiranya ada elemen-elemen penyalahgunaan kuasa, langkah tertentu seperti tindakan disiplin boleh diambil.

"Kita juga perlu memastikan beberapa perkara asas seperti akauntabiliti, ketelusan dan apa-apa asas yang kita gunakan untuk menguruskan perbelanjaan negara itu mesti digunakan sebagai panduan utama untuk kebaikan rakyat jelata," katanya.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.