..

..

Kroni & geng DAP dapat hasil dari projek roboh Kg Buah Pala

on Thursday, October 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tak roboh Kg Buah Pala nanti Guan Eng kena penjara,begitulah lebih kurang ayat Karpal memperbodohkan kaum India dan secara keseluruhannya cuba menunjukkan tindakan mereka betul.

24 penduduk Kampung Buah Pala menerima unit rumah dan 9 lagi langsung tidak diberi sebarang pampasan. Inilah keadilan yang dilakukan oleh regim DAP.

Dasar CAT memainkan peranan dalam pembahagian lot rumah Kg Buah Pala. Untuk pengetahuan anda terdapat 2 blok yang terdiri daripada 24 unit rumah teres 2 tingkat.Semasa majlis penyerahan kunci diadakan pada 23/10/11 baru baru ini ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang Guan Eng dan Karpal Singh turut hadir kononnya untuk menebus dosa terhadap kaum India.

Menariknya dalam masa yang sama 2 unit rumah lot tepi no 1 dan 2 Lorong Kaki Bukit Taman Buah Pala diberikan kepada kroni DAP.Karuna atau dikenali sebagai Mr Whiteman pembantu khas Yb Danny Law Heng Kiang Adun DAP Batu Lancang dan Vasantha penyokong kuat Raveentheran Adun PKR Batu Uban,kedua orang ini yang menjadi dalang kepada perobohan Kg Buah Pala turut mendapat habuan dan layana istimewa oleh regim DAP.

Berdasarkan maklumat daripada seorang penduduk,proses cabut undi yang dikendalikan oleh pemaju Nusmestro Sdn Bhd pada tahun 2010 memang berlaku penyelewengan.Apabila 2 unit rumah tersebut awal awal lagi sudah diasingkan terlebih dahulu.

Nusmestro mengadakan proses cabutan undi di pejabat mereka ,proses mencabut undi dilakukan secara individu yang dilakukan didalam bilik tanpa dilihat dan kehadiran bakal pemilik yang lain.

Lot Istimewa:Yang berjaya diseleweng oleh Kroni DAP. Inilah hasil kejayaan CAT

Kemudian dihadapan media ,Karuna dan Vasantha berpura pura kononnya mereka terperanjat apabila mereka berjaya mendapat rumah corner lot.Begitulah lakonan yang dibuat oleh kroni regim DAP.

Campurtangan kerajaan negeri menyebabkan bantahan bakal pemilik rumah tidak diendahkan oleh Nusmestro. Kita dapat melihat bagaimana CAT memainkan peranan menjaga hak dan kepentingan kroni mereka.

sumber : pisau.net 

baca juga artikel penipuan kerajaan DAP terhadap penduduk India Kg Buah Pala



Komen GPB

Nampaknya KRONI  & suku sakat  DAP juga yang untung & mendapat faedah  selepas berjaya merobohkan Kg Buah Pala .  9 lagi penduduk  itu yang dihalau keluar sekupang apa tak dapat ..

Ini lah kerajaan berjiwa Rakyat kerajaan regim DAP ....syabas !


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.