..

..

Kerajaan DAP P.Pinang takut nak jawab isu hudud, bimbang hilang undi penyokong PAS

on Friday, October 28, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Tidak pelik………Itulah perkataan awal yang keluar daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir berhubung keengganan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud pada sidang DUN baru-baru ini.

Ini kerana katanya bukankah terdapat persetujuan bersama di dalam satu mesyuarat sulit pembangkang sebelum ini yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang”.

Atas dasar itulah ujar beliau lagi pihaknya tidak terkejut dengan setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

“Itu juga kita boleh gambarkan ianya adalah pendirian sebenar DAP dalam Hukum Hudud….Kalau mereka setuju dengan apa yang ingin dilaksanakan oleh Pas, maka sudah pasti Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco agama yang terlibat akan menjawab dengan penuh konsisten.

Bukannya susah……jawab ya atau tidak sahaja, namun oleh kerana itu adalah pendirian mereka maka, mereka gunakan jalan berlapik dan berbengkang bengkok dalam usaha mengelirukan penyokong Pas terutama penyokong totok yang kononnya gembira DAP sudah boleh menerima dakwah Pas.

“Seingat sayalah…bukankah dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gembira kononnya DAP boleh menerima apa yang dibawa oleh Pas tetapi melihatkan apa yang berlaku di sidang DUN semalam, jelas Pas menjadi bahan mainan kepada sekutu mereka itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Anggota pembangkang baru-baru ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.

Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

Sebelum ini juga, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.

Katanya keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang” memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.

Musa seterusnya menegaskan, DAP selama-lamanya akan konsisten dengan pendirian mereka berhubung isu berkenaan, namun gerak lentok badan dan gaya bahasa sahaja yang berlentok akan digunapakai dalam usaha mengelirukan umat Islam khususnya penyokong totok Pas.

“Percayalah…mereka selama-lamanya akan berpegang kepada pendirian mereka itu dan hanya Pas yang akan bergerak seumpama lalang demi mencapai cita-cita politik untuk merasai Putarajaya walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang diagungkan sejak berpuluh tahun dahulu.

“Jika Pas konsisten, kenapakah mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan dan tidak berani membuka mulut pada sidang DUN Semalam…Paling kurang pun berilah sedikit penjelasan untuk orang ramai tahu pendirian mereka dalam soal berkenaan,” katanya. -MediaUMNO


2 Responses

  1. ajai62 says:

    Assalam Bro

    Nak tanya apalagi tentang pendirian DAP terhadap hukum Hudud tu? Dah disebut dalam mesyuarat pakatan haram yang DAP tidak akan menerima hukum hudud... dah terang Dap tolak yang selebai-lebai ni gi tanya wat apa... tanya Hadilah... Kata bodoh kang marah...

  2. Anonymous says:

    ntah dap memang tak minat hudud apa lagi mau tanya...tapi pas la jadi pencacai dap ni....ni yg aku gelak sikit ni

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.