..

..

Kerajaan CAT Guan Eng takut jawab soalan lisan di Sidang DUN

on Tuesday, October 25, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Soalan lisan pun tak mampu dijawab kerajaan yang dikatakan telus CAT ?? MEMALUKAN !!


Di Parlimen , kerajaan BN menjawab setiap soalan dikemukakan pembangkang dan ini berbeza sekali dengan kerajaan DAP . 


Jelas sekali kerajaan DAP adalah kerajaan PENGECUT !!



 Anggota pembangkang hari ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.

Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

Bercakap kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, beliau berkata rakyat Pulau Pinang inginkan satu penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaan hukum hudud.

“Mereka (rakyat) ingin tahu pendirian kerajaan negeri tetapi, kerajaan negeri tidak berani untuk menjawab soalan dan mencari jalan mudah dengan mengelak daripada menjawab,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini banyak pemimpin pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS, termasuk Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengeluarkan pelbagai kenyataan.

“Kini kami menggunakan platform yang betul untuk mendapatkan jawapan daripada kerajaan negeri bukannya bagi pihak pemimpin parti,” kata Shabudin.

Beliau berkata wakil-wakil rakyat BN mengemukakan tidak kurang daripada tiga soalan mengenai hukum hudud, pemohonan maaf Lim kepada Sultan Johor dan kenyataan Naib Presiden PAS Mohamed Sabu berhubung insiden Bukit Kepong tetapi kesemuanya ditolak Abdul Halim.

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim, ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan Shabudin telah mengemukakan soalan-soalan yang perlukan satu penjelasan namun gagal dijawab kerajaan negeri.

“Apa erti kerajaan negeri berprinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)? Itu cuma satu penipuan rakyat kerana tidak berani memberi penjelasan terhadap masalah yang timbul,” katanya.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.