..

..

Kami tak akan undi calon yang hina Islam & menguris hati orang Melayu

on Wednesday, October 26, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.

"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

"Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini, Rabu.

Menurut beliau, ahli Perkasa telah memberi impak besar terhadap calon yang mencatat kemenangan tipis pada PRU 2008.

"Kami mempunyai 500 hingga 600 ahli di setiap daerah. Jika mereka tidak mengundi, ia mungkin mengubah lanskap politik di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Perkasa bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan perjuangannya adalah selaras dengan falsafah rukun negara dan menepati konsep 1Malaysia.

"Ada segelintir pihak mendakwa kami organisasi Melayu ultra tetapi kami adalah pemangkin perpaduan semua bangsa di Malaysia," katanya.

Turut hadir Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.