Jika Tsu Koon lari ke Parlimen Batu , BN P.Pinang perlu penggganti baru !

on Monday, October 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Desas desus mengatakan bahawa Pilihanraya Umum ke 13 sudah amat hampir dan bakal diumumkan pada waktu yang terdekat. Sudah tentu yang menjadi perhatian oleh semua pihak ketika ini ialah nama-nama calon yang bakal bertanding bagi mewakili parti di setiap kawasan.

Pilihanraya Umum ke 13 juga dianggap paling menarik kerana ia dikatakan akan menentukan nasib Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Dari satu segi, Pilihanraya Umum ke 13 adalah merupakan penentu sama ada rakyat memilih kepimpinan Datuk Seri Anwar ataupun rakyat lebih yakin kepada tranformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Apapun, kepimpinan komponen didalam Barisan Nasional lebih mencuri tumpuan khususnya Parti Gerakan di P.Pinang. Ramai yang menunggu sama ada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon masih mampu bertapak di negeri ini ataupun berhijrah ke kawasan lain bagi mencari pengaruh.

Ada khabar angin yang mengatakan, Presiden Gerakan itu akan bertanding di kawasan Parlimen Batu yang kini disandang oleh wakil PKR, Tian Chua.

Jika ini menjadi kenyataan, apakah mampu Koh Tsu Koon meyakinkan masyarakat di Parlimen tersebut supaya memilihnya setelah kehilangan kepercayaan rakyat di kawasan Batu Kawan di P.Pinang?

Dan apakah kita akan melihat sekali lagi Presiden Gerakan ini "berkubur" di Parlimen Batu pula selepas "ditanam hidup-hidup" di Batu Kawan? Hanya masa yang menentukannya.

sumber : UTARA NEWS


Komen GPB

Elok la Tsu Koon ini berpindah dan keluar dari P.Pinang . Rakyat negerinya sendiri sudah menolak beliau  pada PRU 12 lalu .

Lebih penting lagi Tsu Koon sebagai Pengerusi BN P.Pinang perlu cepat menamakan calon baru & winnable candidate dari kaum Cina  untuk jawatan CM jika BN berjaya tawan semula P.Pinang .

Banyak pihak sudah mendesak beliau akan hal ini tetapi nampak dia ini masih lagi buat bodoh ...Adakah sampai kena PM perlu campur tangan ???..

Kita tunggu dan lihat kungfu mentadak Tsu Koon ini selanjutnya ...


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps