..

..

Jalan bukan dibina atas angin, Kerajaan PAS Kedah nak duit cukai tanah dari PLUS !

on Sunday, October 23, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

“Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (satu sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri.

“Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar,” katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun.

“Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin.

“Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.


Komen GPB : 

Dulu tempat pengajian UUM  , sekarang PLUS pulak KENA ..... Cuma yang GPB musykil  ...Kerajaan Kedah ni tak ada duit sangat ka ?



7 Responses

  1. Anonymous says:

    saya tak tau......ni kena tanya depa....

  2. Anonymous says:

    Tutup saja semua lebuhraya dan landasan keretapi yang dimaksudkan Saifuddin tu. Kalau tak boleh tutup, korek saja sampai tak boleh digunakan sesiapa saja; tutup stesen keretapi dan ambik balik landasan tu untuk digunakan bagi memanfaatkan mereka yang tak bongok macam Saifudin tu!

    Senang saja nak jawab orang busuk perut hijau macam tu!

  3. Anonymous says:

    haah laa..klu dah ambil tanah tuuu..bayarlaaa

  4. Anonymous says:

    tu seme masalah teknikal saja, tanah tu dah diambil dibawah akta pengambilan tanah utk maksud awam. kalau bawak ke mahkamah persekutuan sure PLUS akan menang.

    tapi kjaan negeri nampak ada peluang utk ratah GLC. semua salah MHA (msian hway authority) yg keje makan tido, bukan salah PLUS.

    org lama.

  5. Anonymous says:

    Bayar je lah semua cukai dan harga tanah tu kepada diorang pastu jangan bagi Saifudin dan semua ahli PKR dan PAS menggunakannya. Diorang nak duit je.

  6. Anonymous says:

    semakin terserlah kebodohan dan kesombongan pembangkang. membuktikan mereka ini hanya pandai menimbulkan masalah dan tidak berpelajaran. pergilah tanya sikafir karpal singh, undang2 mana dan akta mana yg jalan raya dikenakan cukai tanah?

    Jika jujur pejuang keadilan, hapuskan sahaja sebarang bentuk cukai tanah, kerana ianya warisan penjajah inggeris yg amat sangat dibenci pembangkang, sekarang mahu pula hasil cukai tanah, tidak pula ungkitkan ianya adalah warisan penjajah ?

    Sudahlah bodoh, sombong pulak, ini dialah perosak keamanan dan kesejahteraan Malaysia, bukannya mahu membantu negara makmur dan aman, sebaliknya menabur kebencian, kehancuran dan fitnah

  7. Anonymous says:

    xyahla ada lebuhraya kat KEDAH... rel ketapi cabut jer dari KELANTAN

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.