Bohong & penipu rakyat kantoi ! ...isu cincin USD 24 juta yang dijaja oleh Pakatan untuk burukkan Datin Seri Rosmah akhirnya terjawab dan ternyata satu tuduhan fitnah !
Pakatan nampaknya semakin terdesak hingga terpaksa fitnah Datin Seri Rosmah demi menghalalkan cara untuk rampas Putrajaya . Cuma GPB kesian la kepada ostat-ostat PAS yang berceramah la tentang cincin dari tazkirah bulan Ramadhan sampai la kuliah subuh untuk burukkan Rosmah dan Najib .
Walhal depa itu tak tau isu cincin ini adalah fitnah & bohong ! Tanggung la dosa wahai ostat2 PAS dan lepas itu bohong pulak dalam masjid !
Chegubard tak nak cakap apa-apa ka ?? Lepas cincin apa pulak lagi nak fitnah ?? Kasut , gelang , atau tak pun jam omega ??
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.
Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.














boleh percaya ke penjelasa tu...kenapa nak pulang balik jika cara masuknya dgn cara yg sah...hahaa...agak2 la...mcm tak betul jer tu....@ memang ada ssuatu yg boleh diragui..
si badrul hisham ni tak payah le pakai title chegu....buat malu golongan chegu2 lain yg cerdik je.....memang dia ni dodoh tahap gaban !!yg percaya lagi le 100x bangang.....
Benda mmg dh kelas kot kt sistem kastam...member aku yg keje kastam pun ckp kes cincin ni mmg btol..haha..klaka btol r..mcm chipsmore..kejap Ada kejap xde...bodoh la sape yg percaya...