Hero Nora Elena pilih Dato Sri Najib daripada PM Singapura

on Friday, October 14, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



AARON Mustapha Aziz sememangnya serius dalam kerja, bahkan seorang yang jujur dan sangat realistik. Katanya, tindakan memohon taraf penduduk tetap di negara ini dan meninggalkan tanah kelahirannya Singapura adalah demi masa depan dan kebaikan orang yang disayangi, iaitu keluarganya.

Katanya, sekiranya dia berada dalam satu keadaan di mana dia terpaksa memilih, di antara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Datuk Seri Najib, sudah tentulah pilihannya adalah Perdana Menteri Malaysia.

“Saya kena berlaku adil dan jujur. Kalaulah terpaksa memilih salah satu dari dua Perdana Menteri ini, saya pilih Datuk Seri Najib.

“Saya pilih Malaysia, kerana saya cari rezeki, di sinilah saya dapat cari makan dan keutamaan tentulah saya berikan untuk tempat yang memberikan saya perlindungan. Kerana, saya mesti bertanggungjawab pada orang-orang yang saya sayang, iaitu keluarga saya, “ katanya.

Pelakon berusia 35 tahun ini ternyata serius dalam keputusannya. Dia telahpun menjual semua asetnya, iaitu kereta dan rumah di tempat kelahirannya, Pasir Ris, Singapura, untuk bermastautin secara tetap di Kuala Lumpur.

Ketika pulang berhariraya ke republik itu bulan lalu, Aaron dan isteri bersama tiga orang anak dan pembantu rumahnya terpaksa ‘check-in” hotel kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan saudara maranya.

Aaron sedar tindakannya ini pasti akan mengecilkan hati sesetengah pihak terutama peminatnya di Singapura.

Dia bagaimanapun berharap, jika mereka benar menyokong dan meminatinya, mereka tentunya akan faham mengapa.

“Bukan senang hidup sebagai warga asing. Bukan saja saya cukainya tinggi bahkan kpos sara hidup juga tinggi kerana saya terpaksa hantar dua dari tiga orang anak saya ke sekolah antarabangsa.

“Tidak lama lagi, anak saya yang ketiga juga akan bersekolah. Saya berharap, bila saya jadi penduduk tetap negara ini, saya mahu hantar anak-anak saya ke sekolah biasa yang normal seperti kanak-kanak lain,” ujar pelakon ini yang berhijrah ke Kuala Lumpur sejak 2004.

Bila AD tanya tidakkah dia menyesal mengorbankan negara kelahirannya, Aaron Mustapha Aziz kata dia terpaksa membuat pilihan demi keluarag dan orang yang dikasihinya.

“Di sini (Malaysia) tempat saya cari rezeki, saya dapat kasi makan keluarga saya dengan hasil kerja saya di sini. Saya tidak rasa tindakan saya akan buat orang marah kerana saya datang sini untuk cari nafkah bagi keluarga saya.

“Saya tidak kisahlah kalau ada orang nak kata saya datang Malaysia kerana sudah tak laku di Singapura, sama seperti saya tak kisah orang kata saya gay. Tapi yang pasti saya memilih untuk menetap di Kuala Lumpur demi masa depan keluarga saya,” katanya.

Katanya, sebagai rakyat asing, dia bukan saja terpaksa membayar cukai yang tinggi bahkan kos hidup juga meningkat. Ini termasuk kos untuk menghantar anak-anak ke sekolah di mana dua dari tiga orang anak-anaknya kini dihantar ke sekolah antarabangsa.

“Tidak lama lagi, anak ketiga saya pula akan masuk sekolah. Semua ini bukan kecil belanjanya, sebab itu saya sangat berharap untuk mendapat PR itu kerana saya mahu hantar anak-anak saya ke sekolah biasa seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Percaya hijrah itu sesuatu yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, Aaron bagaimana sudah bersedia jawaban jika ada yang masih bertanya mengapa.

“Kerana saya sudah tidak tahu macam mana mahu berpatah balik. Isteri dan anak-anak saya sudah di sini dengan saya di sini. Rezeki pun alhamdulillah semakin baik,” katanya yang sudah mengembangkan syarikat produksinya yang dibuka ketika di Singapura. Cuma kini syarikatnya sudah ada “Sdn Bhd”, iaitu Aaron Aziz Productions Sdn Bhd.

Bulan depan, telemovie terbitan syarikatnya berjudul, “Kekasih awal dan Akhir” akan bersiaran di TV9. Tarikah siarannya pun sudah ada, iaitu 7 November.

Bulan depan, Aaron menjadi hero dalam teater Badai Semalam, novel yang diangkat dari naskhah terkenal Khadijah Hashim. Aaron akan berganding bahu bersama Erra Fazira, Umie Aida, Ziela Jalil.Ia akan dipentaskan di Istana Budaya 11 hingga 20 November dan di Singapura, tahun depan.-AGENDA DAILY


One Response

  1. Anonymous says:

    selama datang Aaron..semoga sukses!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.