Anda boleh lihat sendiri perbelanjaan Pejabat KM dan SUK ... sekali tengok orang kata bagus la peruntukan banyak tapi belanja sikit . Biasa lah CM Penang seorang akauntan , jadi angka ini memang kepakaran beliau la terutama untuk tunjuk kat audit
Tapi bagi pandangan GPB la ini menunjukkan jabatan tersebut tak efisyen dan tak buat kerja . Perancangan ada kerana sudah ada peruntukan yang besar tapi bila diperingkat perlaksanaan ia gagal . Guan Eng ternyata lebih pentingkan surplus untuk dihebohkan di media nanti daripada menjaga kebajikan dan keperluan rakyat .
oleh : Dr MIM
Daripada 9 Jabatan negeri, Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja yang menunjukkan prestasi perbelanjaan yang rendah iaitu 54.7%.
Jika sekali imbas kita akan menganggap bahawa Lim Guan Eng berhemah dan cermat menggunakan wang.
Tetapi dek kerana itu, 23 projek untuk kesejahteraan rakyat Pulau Pinang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan!
Di antara projek tersebut :
1. 6 projek Pembesaran Masjid Dan Sekolah Agama
2. 3 projek Tapak Perkuburan Islam.
3. 6 projek Rancangan Perumahan Murah.
4. 3 projek Penyiasatan untuk Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang.
5. 2 projek membina Mahkamah Syariah.
6. 1 projek Pembangunan Sukan.
7. 1 projek Pembangunan K-ICT.
8. 1 projek Bekalan Air.
Keperluan pembesaran masjid dan sekolah agama tidak dilaksanakan, begitu juga dengan rancangan perumahan murah dan tapak perkuburan Islam.
Apa sudah jadi, Guan Eng DAP?












Tulah susahnya bila bagi orang Melaka jadi CM Penang... Menyusahkanlah...
Izinkan link:
http://in-tellact2all.blogspot.com/