..

..

GEMPAR ! UMNO Penang saman Guan Eng & Suara Keadilan RM 30 juta !

on Monday, October 24, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







KUALA LUMPUR, 24 Okt – UMNO Pulau Pinang memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebanyak RM30 juta atas dua dakwaan iaitu menuduh UMNO Pulau Pinang terlibat dalam demonstrasi ganas di negeri tersebut pada 1 Julai lalu dan menuduh UMNO Pulau Pinang terlibat dalam kebakaran yang membabitkan pejabat DAP.

Saman tersebut difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan; dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, UMNO Pulau Pinang telah memberi peluang kepada Guan Eng untuk memohon maaf dan menarik balik kata-katanya namun Guan Eng secara angkuh telah menolak permintaan tersebut malah telah mencabar agar UMNO Pulau Pinang mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.



“Kita telah memberi ruang kepadanya tetapi langsung tidak diendahkan. Sekarang kita tidak mahu lagi bertolak ansur dan berdiam diri dengan sikap angkuh dan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng. Saman malu ini juga difailkan terhadap Parti DAP dan dua orang pekerja Suara Keadilan.

“Namun begitu, UMNO Pulang Pinang tidak berhasrat untuk menyaman atas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kita menghormati jawatan tersebut. Begitu juga kita tidak menyaman kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana sekiranya UMNO Pulau Pinang menang dalam tuntutan saman ini, wang berjumlah RM30 juta itu akan disalurkan kepada rakyat negeri ini jadi untuk apa kita saman Kerajaan Negeri,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata, UMNO Pulau Pinang tidak berhasrat untuk mengambil pendekatan ‘rennaisance’ yang menjadi amalan oleh DAP di mana mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadapi sikap kritis lawan politik mereka, namun kali ini tindakan tegas terpaksa diambil agar Guan Eng tidak lagi mudah membuat tohmahan tidak berasas terhadap UMNO Pulau Pinang.

Tegasnya lagi, UMNO Pulau Pinang berpendapat Guan Eng sebenarnya terperangkap dalam sindrom politik kotor.

Sebab itulah kata beliau Guan Eng sering menyalahkan UMNO dalam apa sahaja yang terjadi di Pulau Pinang.

“Sekali lagi ianya terbukti apabila Guan Eng menyalahkan UMNO terlibat dalam penyebaran berita berkaitan isu moral membabitkan anak lelakinya.

“Adalah tidak adil untuk menyalahkan UMNO dalam setiap perkara yang tidak menyebelahinya. Guan Eng perlu berhenti melamparkan tuduhan liar dan tohmahan terhadap lawan politiknya. Jangan buat tuduhan melulu dan inilah akibat daripada keceluparan mulut Guan Eng. Dia perlu berhadapan dengan saman ini,” ujarnya lagi. –MediaUMNO.


One Response

  1. praha2 says:

    eden sokong tindakan UMNO pp tu. ini lah yng terbaik biar dio jawap. lagi pun dio bayank duit untuk bayar loyar buruk dio. mano tidak-kalo bolih bayar RM 200k untuk ramas tetek mengapo tak bolih bayar rm30 juta? dio pandai menipu bolih sogok lah pp punyo perniago atau pun bori project pado croni. mintak croni bayar saman tu nanti.
    UMNO pp jangan sekali kali berdamai biar kes poi smapai habis mungkin ke pru 13. eden sokong sekuet kuetnyo.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.