Semakin muak rakyat Kelantan terhadap isu hudud PAS yang kembali dilaungkan PAS walhal dalam Pakatan sendiri menolak sekeras-kerasnya .Anda boleh lihat sendiri kehadiran rakyat Kelantan ke ceramah penerangan hudud ini di stadium Kota Bharu .
Selalunya penuh padang dan stadium kehadiran orang tetapi kini tak ramai pun .Sudah tentu yang hadir ini hanyalah penyokong tegar PAS .
Adakah rakyat Kelantan tidak percaya lagi PAS mampu laksanakan hudud ? Atau mereka sudah tahu PAS sengaja politikkan semula isu ini untu raih undi ....
haprak daily cakap puluhan ribu laungkan nak hudud ...
banyak ini lautan manusia penganut PAS ?
Hudud politik PAS yang ditolak bukan hudud Allah ..
oleh : oh politik
Umum tahu, Pas di Kelantan sedang membuat road tour pusing satu klate untuk menerangkan HUDUD kepada rakyat sebagai persediaan kepada PRU13. Isu HUDUD ini menjadi panas apabila PAS yang pada mulanya berani, tapi hari ini sekali lagi tunduk kepada DAP.
Isu ini dilihat menjadi penyebab jatuhnya atau hilangnya sokongan cina Dan melayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Aku bawakan apa cara PAS dan AnwarIbrahim bagi penjelasan kepada rakyat berhubung isu ini. Bagi AnwarIbrahim, dia menyatakan, untuk laksana HUDUD Pakatan memerlukan Lebih banyk undi Dan sokongan Dari orang melayu Dan PAS terutamanya. Namun, dalam penjelasan mengenai HUDUD itu, tidak dinyatakan dengan jelas bahawa Pakatan akan laksana. Sebaliknya lebih banyak cubaan untuk spin ke arah menyalahkan UMNO.
Hadi Awang, Presiden PAS pula lebih ke arah melalut kisah UMNO Dan sejarah HUDUD. Langsung tidak diulas tenting sekutu mereka DAP. Bagi Hadi, DAP tolak HUDUD takpe, DAP bukan Islam. UMNO juga disalahkan kononnya UMNO adalah punca segala masalah HUDUD gagal dilaksana.
Apapun aku melihat ini sebagai hasil muktamar Dan persetujuan antara DAP, PAS Dan PKR. sepakat untuk 'spin' isu ini dengan meletakkan segala kegagalan PAS kepada UMNO. Kira balik kepada kisah lama. UMNO tolak HUDUD Dan sebagainya. Yang menarik perhatian aku adalah, DAP, PAS Dan PKR bersatu hanya satu matlamat, jatuhkan UMNO Dan terus melangkah ke Putrajaya. HUDUD? Entahla. Cuma gimik politik PAS semata-mata.











Sepatutnya dalam penerangan Hudud ini, PAS tak patut libatkan politik. Nak terang Hudud, teranglah. Jangan fitnah orang tolak Islam, jangan jadi khawarij.
jangandkkutukps..ak sndir p cramah 2 memg pnuh stu stadium,gmbe eko amk ni blm cramh ni stt lg..eko jgn nk bt fitnah2la kt pas..baik eko bt sunt taubt byk2 sblm eko msuk lubang kubor