Bajet Anwar Ibrahim kena balun kaw-kaw dengan Tun Mahathir ...

on Wednesday, October 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


 “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Pembangkang akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

“(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

“Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalty minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya),” katanya.

“Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah,” kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    amek kau nuar!!!! gedebu kena seketul !!! padan muka hang!!! tu la org dah cakap jgn menjubur selalu....kesannya x bleh nak fikir...bentang budget mcm nak bagi gula gula pada budak budak....
    ingat rakyat bodoh ke???

  2. Anonymous says:

    Jangan bimbang Tun.....nak belanja kecil2an aje...duitnya kami tak bimbang sebab pas akan menyediakanya..kan pas aktif dengan ceramahnya tiap2 malam duit yang mereka pungut tulah yang kita gunakan.lagi pun belanjawan kita ni nak glamor je,peruntukan pun tak besar.salah satunya atas desakan rakyat cukai untuk KY JRLLY dimansuhkan.sewa bilik hotel akan dukurangkan,jika menggunakan orang ketiga apabila membuat tempahan harganya akan diturunkan sehungga 75%,cukai untuk singlet pagoda turun 50%,minuman keras untuk anak2 parti komponen akan diturunkan,pengguna akan hanya akan membayar kos botol.sebagai parti yang cukup PRIHATIN terhadap rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran beberapa inisiatif sakan kami sediakan.kami telah memperuntukan dana yang agak besr.kami akan memberi imbuhan kepada sesiapa yang mengibarkan bendera parti ddiatas pokok kelapa yang paling tinggi.gaji bulanan kepada rakyat yang menyertai tentera demontrasi,alaun khas kepada yang sanggup tergolek2 diatas jalan raya.juga kepada kepada pemimpin2 yang tercedera apabila berdemontrasi.tak kira sama ada cara sengaja atau tidak.kami juga tidak lupa kepada penggiat seni,sesungguhnya penggiat seni "KITA" telah menaikan nama Malaysia dipersada dunia.pelakun juga adalah penjuang seni,jadi penggiat seni tersebut akan mendapat imbuhan yang paling besar apatah lagi kalau berani berlakun filem ranjang.dari pada duit royalti itu nanti akan bertambahlah sumber pendapatan kami.dan dengan perbentangan belanjawan ini akan bertambahlah glamor kami.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps