Sebelum GPB nak ulas tentang gambar ini , terima kasih kepada bro MPP yang share lakonan terbaik Nik Aziz tahun ini .
Apa kejadahnya Pok Nik ini pi amik wudhuk di tepi sungai sedangkan semua masjid dan surau ada air paip ?
Adakah pemimpim agung PAS ini saja berlakon politik untuk diambil gambar supaya disebarkan ke seluruh rakyat Kelantan ?
Tapi yang best ada orang cakap ini Nik Aziz nak ajar rakyatnya guna air sungai sebab negeri mereka ada masalah air yang kritikal sekali .
Lihat di bawah fakta dan bukti PAS & Nik Aziz tidak jaga kebajikan rakyat dengan sempurna ...
7,000 pengguna di Gua Musang hadapi masalah bekalan air bersih
KOTA BAHARU - Kira-kira 7,000 pengguna di jajahan Gua Musang menghadapi masalah bekalan air bersih selama seminggu mulai semalam hingga Isnin ini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata gangguan itu berikutan kerosakan pam air mentah di loji rawatan air di Sungai Ketil dekat situ sejak dua hari lepas.
Beliau berkata kerosakan itu juga menyebabkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih menurun secara mendadak.
"Antara kawasan terlibat ialah Bandar Gua Musang sendiri dan sekitarnya yang membabitkan kira-kira 7,000 pemegang akaun di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Hazwan berkata kerja-kerja membaik pulih loji tersebut sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya Isnin depan.
Beliau berkata pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui nombor 1300-88-2572 untuk maklumat lanjut berhubung perkara itu.- Bernama





