..

..

Siapa Guan Eng yang mahu cakap tentang negeri Johor ?

on Saturday, September 24, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



 Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Shamsul Bahari Jamali membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang menunjukkan kedangkalannya apabila mengklasifikasikan Johor sebagai sebuah negeri yang penuh dengan jenayah dan tidak sesuai untuk pelaburan.

Katanya, inilah bukti kebodohan Guan Eng yang tidak layak bergelar pemimpin kerana bukan saja tidak menunjukkan semangat patriotismenya sebagai rakyat Malaysia malahan bercakap tidak berlandaskan fakta.

Siapa Guan Eng yang mahu bercakap tentang Johor? Siapa dia yang mahu menghalang orang lain untuk melakukan pelaburan di negeri ini dan membuat dakwaan sedemikian sedangkan dia tidak tahu tentang kedudukan indeks jenayah di negeri tersebut serta tidak memberikan apa-apa pernyataan bagi mendukung hujahnya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan, Lim Guan Eng dalam satu temuramah oleh salah sebuah stesen radio di Australia telah menyatakan bahawa Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang.

Kenyataan ini dibuat olehnya sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.

“Ini adalah antara bukti yang menunjukkan sikap sebenar Guan Eng, DAP dan parti-parti pembangkang iaitu mensabotaj apa yang telah dilakukan oleh orang lain dengan memburuk-burukkan apa yang ada.

“Tindakan Guan Eng ini bukan lagi disebut sebagai tikam dari belakang tetapi dia bercakap seolah-olah dia lupa bahawa di rakyat Malaysia sehinggakan mahu menghalang pelabur-pelabur asing datang ke negara ini. Apakah Pulau Pinang bukan sebahagian dari Malaysia atau apakah Johor terkeluar dari Malaysia?”

Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Guan Eng tidak ada hak untuk bercakap tentang kedudukan negeri Johor apatah lagi berkaitan dengan keselamatan, jenayah atau pelaburan.

“Kita tidak pernah menghalang mana-mana pelabur untuk melabur di Pulau Pinang kerana pelaburan tersebut memberi manfaat untuk rakyat iaitu warga Malaysia maka begitu juga dengan Johor yang ada dalam negara ini.

“Apabila Guan Eng melarang pelabur asing membuat pelaburan di Johor maka bermakna dia melarang mereka melabur di Malaysia, bermakna dia mengkhianati negara sendiri ibaratnya dia bukan warganegara Malaysia.”

Katanya, apa yang diperkatakan oleh Guan Eng ini adalah contoh nyata yang harus diambil kira dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.

“Kebodohan insan bernama Guan Eng ini memang nyata sehinggakan dia tak tahu nak membuat penilaian berkaitan faktor-faktor yang menentukan kedudukan pelaburan.

Johor adalah antara negeri tumpuan pelabur malahan berpulu-puluh bilion telah disumbangkan oleh mereka dalam menjana kepesatan pembangunan Johor yang tentunya menjadi pilihan kerana pelbagai faktor termasuklah frasarananya, kedudukan strategiknya, kestabilan politik dan kemakmuran dalam negeri juga. Ini yang Guan Eng perlu tahu.” – MediaUMNO


2 Responses

  1. Anonymous says:

    DAP adalah anak didik PAP Singapura. Oleh yang yang demikian tidak hairan Lim Guan Eng Cina Komunis ini cuba merosakkan nama Johor. Memang dah terkenal Cina Lim Guan Eng dan Kepala Komunis Lim Kit Siang ni kurang ajar lagi biadap. Melayu Pulau Pinang kini mula hidup merempat di negeri sendiri.
    PRU 13 sorry undi untuk mana-mana kaum Cina tidak kira dari BN atau PR (Pakatan Haram). Sebab Cina adalah kaum pendatang di Malaysia ini.

  2. sariat says:

    Dah sampai masanya kerajaan persekutuan mengadakan akta peraturan mana-mana pemimpin termasuk kerajaan dan pembangkang dilarang membuat kenyataan memburukkan negeri2 dlm M'sia baik dalam negeri atau di luar negara semata-mata irihati sesuatu negeri yang maju atau banyak pelabur di negeri tersebut untuk mengalih pandangan agar pelabur2 luar negara melabur ke negeri ditadbir parti pembangkang. Bukankah itu cara kebudak-budakan yang kosong otak pemikirannya???? Orang macam ni yang rakyat pilih dia jadi pemimpin???? Fikir2kanlah selepas ini sebab ESOK MASIH ADA.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.