Terima kasih kepada seorang pembaca blog GPB yang mungkin tinggal di Guar Perahu telah menghantar email dan gambar tentang aktiviti puak-puak PKR di Prmtg Pauh yang didakwa banyak pihak akan sabotaj Rumah Terbuka Aidilftri Malaysia bersama PM pada Ahad ini di SMK Guar Perahu .
Dalam emailnya , beliau mendakwa sebelum ini pejabat TKM 1 Datuk Mansor Othman tiada pun bendera PKR dipasangkan di luar , tetapi bila kehadiran PM pada Ahad ini terus saja dipasang dengan segera termasuk malam ini yang dijangka lebih banyak akan dipasang .
Mungkin ini adalah sebahagian agenda mereka sengaja untuk sabotaj dan memalukan PM . GPB hairan semasa berkunjung Rumah Terbuka Anwar Ibrahim di Kubang semang tak pulak geng UMNO Prmtg Pauh nak pi pasang bendera dekat dengan majlis berkenaan , yang depa pulak macam budak dok nak pasang bendera.
Memang perangai macama budak-budak ...
Bendera DAP pun ada dipasang ...sayang betul depa kat
Guan Eng .
Bendera UMNO /BN dipasang ini buat depa sakit mata ...














Macam nak pilihan raya la pulak jadinya. tapi semua tu tak menjadi masalah sebab DS Najib adalah PM bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira la semaada orang umno ka, pas ka, pkr ka, dap ka, mca ka, mic ka, gerakan ka, bn ka, semuanya rakyat Malaysia yang mengakui bahawa DS Najib adalah PM kita. Dan lagi pulak majlis ni adalah majlis anjuran kerajaan Malaysia makanya semua rakyat Malaysia adalah dijemput tak kira dari parti mana sekali pun. mai ramai-ramai..