Lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.
Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang hari ini.
Wakil mereka, Ismail Abdullah,60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.
"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.
Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.
Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.
"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.













Setiap kali mereka mengadakan sembahayang hajat dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran maka kebenaran demi kebenaran terbongkar. Bagi saya biarlah mat sabu dengan kecelapurannya yang mana dengan bertindak seperti itu akan memudahkan BN untuk mengatur serangan balas dan akhirnya akan memberi lebih banyak peluang kepada BN untuk merampas kembali negeri Kedah, Selangor, P.Pinang dan kemungkinan besar Kelantan juga dapat ditawan oleh BN pada pilihan raya ke 13 ini nanti.
Tunggu apa lagi puak-puak PAS oiiiii.... hentikan segera sokongan anda terhadap PAS kerana sudah jelas Parti ini telah terpesong dari landasan sebenarnya.
Syabas diucapkan kepada alhi PAS di Padang Terap yang telah memilih untuk meninggalkan perjuangan PAS yang selama ini dianggap sia-sia sahaja.
Tahniah... Kalau ada lagi yang nak keluar silah jemput TV3 atau RTM untuk buat liputan.
Menyokong perjuangan Polis dan Angkatan tentera dan menolak sesiapa saja yang menyokong komunis.
Dulu saya juga pernah memusingkan stesen radio S.W. (short wave) dan mancari siaran parti komunis yang dipancarkan dari luar negara dengan pengacaranya bercakap dalam bahasa Melayu pelat indonesia. Dengar siaran komunis bukan bermakna menyokong tetapi saya ingin tahu apakah yang hendak diperkatakan mengenai gerakan komunis di Malaya ketika itu.
Warga Sebelum Merdeka
parti barisan nasional tue berada di jalan Allah ker..??? Khatam Quran pun tunjuk aurat.. benda yg sgt jelas haram.. sedarlah wahai2 manusia2 akhir zaman..
baca alquran bukan benda politik..itu dia dgn Allah..
tp bila mnyokong komunis.itu berdepan dgn 60% orang Melayu di Malaysia ni..cukup dgn komunis,cuba mnyalahkan sejarah pulak..kurang belajar