PANAS ! Lagi penyelewengan, kali ini projek parking kereta Bukit Bendera !

on Tuesday, September 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Belum reda isu  bil rawatan  Mat Sabu yang dibiayai PBA kerana  mengalami kemalangan gara-gara hendak sertai himpunan haram Bersih 2.0 ,

Kali ini Guan Eng mungkin terpaksa jawab pulak sebagai Pengerusi PDC berhubung laporan kepada SPRM oleh parti KITA P.Pinang tentang penyelewengan projek parking kereta bertingkat Bkt Bendera .Projek ini dikatakan tidak mendapat kelulusan MPPP .

Kita tunggu apa pulak jawapan Guan Eng dalam isu ini kerana jika kerajaannya mengamalkan CAT , ia perlu jawab persoalan ini .



PULAU PINANG 5 Sept. – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.


Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).


Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang.


“Bagaimana boleh tempat letak kereta ini dapat dibangunkan tanpa kelulusan rancangan pembangunan? Pada masa sama, kenapa pihak MPPP tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang pembinaan haram ini?


“SPRM juga perlu menyiasat bagaimana PDC boleh menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada pihak berkenaan untuk membina bangunan haram ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.


Tee Beng menegaskan, pada peringkat ini, SPRM perlu mengesahkan sama ada pembinaan tempat letak kereta bertingkat itu mempunyai kelulusan rancangan pembangunan MPPP dan menyiasat dakwaan bahawa PDC menyalurkan dana bagi pembinaannya.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, perkara itu harus disiasat segera supaya pihak terbabit tiada peluang untuk mengubah sebarang bukti di dalam dokumen sedia ada.


“Pada masa sama, saya bersedia bekerjasama dengan pihak SPRM untuk memberikan maklumat sekiranya saya dapat bukti yang baru dan kukuh,” tambahnya.


Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, Tee Beng berkata, KITA telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Pimpinan (JEP) yang akan mengkaji langkah serta strategi untuk bertanding di kerusi yang mampu dimenangi parti itu.


Katanya, ahli-ahli parti itu boleh memilih sesiapa sebagai calon, namun ia terpulang kepada keputusan muktamad Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps