Pakatan pertahan Mat Sabu , satu penghinaan jasa pejuang terdahulu

on Sunday, September 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Negara boleh menjadi huru hara sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin mereka sentiasa bercanggah pendapat dan gagal mencapai persefahaman berhubung sesuatu isu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, keadaan itu dapat dilihat dalam beberapa isu kebelakangan ini termasuk serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu yang dibangkitkan kembali oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

''Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya mengenai Bukit Kepong itu manakala pemimpin pakatan yang lain pula berpendapat sebaliknya.

''Jadi kini rakyat boleh menilai sendiri ketelusan para pemimpin pakatan rakyat yang sering bercanggah pendapat sesama sendiri,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Tasek Gelugor di sini, hari ini.



Menurutnya, pendirian pimpinan pakatan itu amat dikesali kerana mereka secara terang-terangan menghina anggota polis yang berjuang mempertahankan negara serta ahli keluarga mereka.

Inilah balasan yang diberi pimpinan pakatan kepada negara serta jasa pejuang terdahulu yang mempertahankan negara daripada kekejaman pengganas komunis.



"Mereka sanggup bersekongkol dengan Mohamad Sabu yang berani mengeluarkan kenyataan tidak berasas tentang sejarah negara serta peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit kepong itu," katanya.


Karpal sebelum ini berkata, peristiwa Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan kerana dokumen sejarah telah menyatakan anggota polis dan keluarga mereka berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.

Bagaimanapun pemimpin pembangkang yang lain pula menyebut Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan mendakwa ia adalah putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO.





Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps